Thomas Muller: Kami Akan Bangkit Singkirkan City

Pemain antarabangsa Jerman, Thomas Muller, optimis bahawa Bayern Munich akan menyingkirkan Manchester City di Allianz Arena.

Bayern berada 3 gol defisit di belakang daripada perlawanan pertama setelah tewas 3-0 di tangan Man City.

Kini berharap akan dapat mengejar skuad Pep Guardiola itu di tempat sendiri. Mujur musim ini tiada jaringan tempat lawan lagi sebagai kelebihan.

Muller berkata: “Kami masih ada peluang untuk bangkit.”

“Kami harus bermula dengan baik. Mungkin mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.”

“Kami tak perlu skor 3-0 untuk 10 minit pertama. Kami cuma perlu berterusan menjaringkan gol dan bermain.”

“Jika kami menjaringkan gol kedua pada minit ke-80, kami masih ada 15 minit (termasuk masa kecederaan) lagi. Percaya bahawa ianya bukan benda mustahil.”

Manchester City mencari kejuaraan UCL pertama dalam sejarah kelab mereka. Dan Bayern sudah memiliki 6 dalam sejarah mereka.

Bayern Munich berdepan dengan krisis dalaman antara pemain sebelum ini. Di mana Sadio Mane terlibat dalam serangan ke atas Leroy Sane.

Dalam aksi lalu, Bayern terikat 1-1 dengan Hoffenheim. Dan mereka pastinya mahu semua pemain bersedia secara mental dan isu Mane-Sane itu akan segera dilupakan menjelang aksi penting menentang Manchester City.

Adakah Bayern akan melakukan salah satu comeback paling epik dalam sejarah UCL?

Sama sama kita nantikan pada Khamis ini.