Bintang senior Bayern Munich, Thomas Muller mengkritik rakan sepasukannya, di mana ada antara mereka kecut telur atas padang untuk perlawanan sebenar.
Namun di padang latihan mereka sangat berani. Perkara ini membuatkan Bayern menanggung malu kalah di tangan Leverkusen dan bergelut dalam beberapa perlawanan lain musim ini.
Muller menyatakan, sudah tiba masanya untuk lebih terbuka mengkritik pemain berbanding hanya menyalahkan pengurus semata mata.
Menurutnya, Bayern sudah hilang DNA bola sepak mereka kerana pemain mereka sendiri.
Muller berkata: “Kamu boleh lihat sendiri simptom itu di atas padang, dan saya sangat kecewa.
“Saya rindukan pemain pemain Bayern yang sebenar. Kami lebih berani di padang latihan. Kami kecut dan tak ada kesungguhan apabila di gelanggang sebenar.
“Saya harus memetik nama Oliver Khan di sini [contoh pemain yang berani dan kental].
“Kami terlalu banyak berserabut di dalam kepala. OK je merasai tekanan, namun pada masa yang sama kamu harus bertenaga.
“Kami bermain dari gred A kepada B dan C. Kami tak ada kebebasan. Itu yang tidak ada dalam permainan kami.
“Kadangkala kamu harus mengkritik pemain. Ini semua bukan kerana coach semata mata. Kami ada ramai pemain yang berkaliber sebagai pemain kebangsaan di atas padang.
“Dan ini juga tentang kebijaksanaan di atas padang, jelas sekali kami harus bangkit dan memperbaiki prestasi.”
Bayern Munich kini 5 mata di belakang Bayer Leverkusen dalam persaingan liga selepas dimalukan lawan mereka itu 3-0 di BayArena.