Thomas Tuchel Pujuk Kepa Sertai Bayern Untuk Main UCL

Thomas Tuchel sebelum ini telah kehilangan Yann Sommer ke Inter Milan. Dan perkembangan terbaru dari Bayern menyatakan bahawa Manuel Neuer akan terpaksa berehat sepanjang tahun ini.

Ini kerana Neuer melakukan pembedahan lanjutan untuk mengeluarkan besi sokongan dari tulang kakinya yang sebelum ini dibedah kerana kemalangan ketika bermain ski ais.

Sebelum masuk ke bilik bedah, Neuer dilihat sudah bergelut dengan permainannya. Dia gagal menendang atau menghantar bola dengan betul dengan kaki kirinya.

Terutama sekali ketika situasi high pressing.

Neuer perlu berehat lebih lama. Dan Bayern cuma ada seorang lagi penjaa gol veteran iaitu Sven Ulreich.

Bayern pernah memancing David De Gea yang kini bergelar ejen bebas. Namun masih tidak mendapat jawapan daripada bekas penjaga gol Man United itu.

Kini Tuchel sudah mencadangkan nama Kepa Arrizabalaga untuk dibeli oleh Bayern.

Penjaga gol itu pernah menjadi penjaga gol kedua Tuchel ketika di Chelsea. Di mana ketika itu Edouard Mendy berada dalam prestasi terbaik.

Kepa yang merupakan penjaga gol termahal di dunia menikmati prestasi yang baik musim lalu walaupun Chelsea bergelut secara keseluruhannya.

Tuchel antara individu yang mempertahankan Kepa daripada menyertai kelab lain ketika di Chelsea sebelum ini.

Dan kini dia sedia memujuk penjaga gol itu menyertainya di Bayern dan bermain di UCL.

Sedangkan Chelsea musim ini tidak beraksi di mana mana pertandingan Eropah. Kepa merupakan nama yang dicadangkan oleh Tuchel.

Kepa boleh bermain sebagai ball playing keeper.

Tetapi kelab juga ada senarai yang sedang mereka pertimbangkan iaitu Geronimo Rulli dan Bonou.

Namun adakah Chelsea akan sedia melepaskan Kepa? Kerana mereka sudah kehilangan Edouard Mendy. Chelsea sudah pun mendapatkan Robert Sanchez yang dianggap penjaga gol no.1 Chelsea untuk jangka panjang.

Baca yang lain