Thompson: Liverpool Patut Beli Coutinho Semula

Liverpool dinasihatkan oleh Phil Thompson untuk membeli Coutinho, pemain tengah yang kreatif ketika harga ‘lelong’.

Bekas bintang Liverpool itu dan ejen Coutinho yang tidak mempunyai masa depan di Barcelona mengatakan pemain ini bersedia pulang ke Liga Perdana

Phil Thompson berharap Klopp boleh membawa Coutinho kembali ke Anfield

Liverpool disarankan oleh Thompson supaya membawa pulang pemain tengah-kreatif ini ke Anfield.

Coutinho meninggalkan Liverpool pada Januari 2018 untuk memenuhi impiannya bermain di Barcelona dengan nilai perpindahan mega.

Barcelona membelinya dengan harga yang berpotensi mencecah £ 142 juta bagi pelan jangka panjang menggantikan Andreas Iniesta.

Namun selepas 18 bulan, Coutinho dibenarkan keluar dari kelab menyertai Bayern Munich dalam terma pinjaman semusim.

Bayern membayar yuran pinjaman sebanyak £ 15 juta bagi menggunakan khidmat Coutinho selama setahun dengan pilihan beli £ 105 juta.

Namun pemain ini juga bergelut di sana dengan penampilan yang tidak konsisten.

Bayern tidak berminat menggunakan pilihan membeli dan akan menghantar pemain ini kembali ke Nou Camp selepas tamat tempoh pinjaman.

Bila tarikh dia kembali masih belum diketahui kerana dunia sedang mengalami krisis pandemik.

Dengan isu kewangan akibat masalah coronavirus, Barcelona dilihat akan melepaskan pemain ini.

Barcelona mungkin akan membuka tawaran pinjaman semusim sekali lagi dengan yuran pinjaman sebanyak £ 10 juta dengan harapan pemain ini boleh dijual dengan harga £ 60 juta pada tahun 2021.

Ia merupakan senario terbaik kelab ini selepas berbelanja terlalu banyak wang bagi mendapatkan pemain ini.

Tottenham dikaitkan dengan pemain ini sementara itu Manchester United juga tertarik dengan kemampuan Coutinho.

Pada minggu lepas, ejen Coutinho, Kia Joorabchian mula memberi kenyataan mengatakan pemain ink berminat mahu kembalinke Premier League.

Menurutnya Liga Perdana satu tempat yang dia sangat gembira untuk bermain dan minat untuk kembali.

Liverpool kelihatan tidak berminat untuk mendapatkan pemain ini semula selepas membuat pencapaian terbaik selepas pemergiannya.

Walaupun Klopp sangat mengagumi kebolehan Coutinho tetapi pengurus Jerman ini dilihat tidak mempunyai minat untuk kembali bekerjasama.

Sehingga kini Klopp tidak pernah mengatakan minat walaupun mengakui kemampuan pemain dari Brazilmitu.

Tetapi Thompson bercakap melalui Sky Sport Klopp perlu membawa dia kembali.

Thompson juga berkata Liverpool perlu melihat pemain kreatif itu dengan melihat kembali apa yang disumbangkannya pada masa-masa lepas.

Dia mempunyai karier yang menakjubkan bersama Liverpool. Dia tidak terlalu tua dan Thompson beraggapan Coutinho boleh kembali ke Anfield.

Walau bagaimanapun Thompson menjangkakan perkara ini tidak mungkin akan berlaku namun percaya Coutinho boleh memberi keseimbangan di bahagian trio serangan Liverpool.

Barcelona sudah memberitahu Coutinho tentang perancangan kelab mahu menjualnya.

Jersi nombor 7 milik Countinho akan diserahkan kepada Antoine Griezmann bermula musim hadapan.