Tiada Adab Dengan Pengurus, Dembele Digantung Daripada Aksi Lawan Arsenal

Luis Enrique tidak menyenaraikan Ousmane Dembele untuk menentang Arsenal. Ini kerana pemain itu dikenakan tindakan disiplin oleh kelab.

Ini bukan pertama kali Dembele dikenakan tindakan disiplin di dalam kariernya. Sebelum ini bekas staf kejurulatihan di Dortmund pernah mendedahkan Dembele memang ada masalah disiplin dan seringkali dikenakan denda. Namun kelab itu sentiasa tertutup dengannya kerana mahu menjaga nilai pasaran pemain itu.

Di Barcelona dia pernah dikenakan tindakan disiplin termasuk amaran dipotong gaji kerana tidak hadir ke latihan akibat terlajak tidur. Barcelona ketika itu mewajibkan Dembele untuk tidak meletakkan telefonnya dalam mod senyap. Dia juga dipantau daripada aktiviti selalu main game sehingga lewat malam yang menjadi sebab dia susah bangun.

Di bawah kendalian Xavi, pengurus itu berjaya membantunya untuk memperbaiki aspek disiplin. Membuatkan dia meningkatkan semula prestasinya sehingga menarik perhatian PSG membelinya.

Di PSG, Enrique seringkali memuji prestasi Dembele. Namun kali ini pemain itu buat hal lagi. Dia dikatakan bersikap biadap dengan Enrique ketika dia berbalah dengan pengurus itu selepas kemenangan 3-1 ke atas Rennes pada Jumaat.

Dembele mencipta 1 assist dalam perlawanan itu. Namun secara taktikal, Enrique tidak gembira dengan cara kerja pemain itu. Peminat PSG cepat membuat andaian ianya mungkin berkaitan dengan isu track back. Di mana Dembele mungkin malas untuk bertahan.

Cara Dembele menjawab Enrique dianggap biadap, menurut laporan RMC. Pengurus itu masih berpegang kepada cara pengurus lama atau old skool. Dia tidak suka pemain yang meninggikan suara dengan pengurus. Akhirnya Dembele digantung 1 perlawanan oleh kelab.

Bermakna dia tak akan bermain menentang Arsenal selepas ini dalam aksi Liga Juara Juara Eropah,