Tiada Ballon d’Or Tahun Ini, Ini Respon Barcelona

Tiada anugerah Ballon d’Or pada tahun ini selepas bola sepak di seluruh dunia ditangguhkan seketika kerana koronavirus.

Sukan bola sepak terutama sekali liga elit di Eropah antara yang sangat terkesan dengan impak wabab ini. Di mana liga liga di Eropah terpasa ditangguhkan sehingga Jun.

Malah ada liga yang ditamatkan lebih awal. Liga Perancis dan Liga Belanda antaranya. Lebih malang buat Eredivisie apabila liga dikira null and void di mana tiada juara.

Dengan mengambil kira isu ini, maka penganjur Ballon d’Or iaitu France Football Magazine memutuskan untuk tidak memberikan penghargaan bola emas.

Editor France Football iaitu Pascal Ferre menyatakan: “Ini tahun yang aneh sehingga kami tak mampu menganjurkannya seperti biasa.”

“Kami sudah membahas keputusan ini sejak dua bulan yang lalu” tambah beliau lagi.

“Itu bukan keputusan yang mudah untuk kami ambi, tetapi kami harus menerima bahawa tahun ini tidak mampu untuk mengadakan Ballon d’Or secara normal seperti yang semua orang tahu.”

“Ini kerana kami risau kami akan memberikan penghargaan yang tidak adil.”

Ferre menjelaskan sedemikian kerana ada beberapa pemain yang sudah tidak bermain lagi musim ini kerana liga ditamatkan.

Ballon d’Or merupakan penghargaan tahunan untuk pemain yang menonjol dalam satu tahun kalendar musim bola sepak.

Pemberian bola emas pertama dilakukan oleh France Football pada 1956, dan pemenang sulung ialah Stanley Matthews.

Dan inilah pertama kali Ballon d’Or tidak diadakan sejak itu.

Sebagai rekod, buat masa ini, Lionel Messi masih menjadi peraih Ballon d’Or terbanyak dengan catatan menerima enam bola emas.

Cristiano Ronaldo berada di belakang Messi dengan lima Ballon d’Or. Kedua pemain itu pernah melakukan duopoli Ballon d’Or selama sedekad lamanya sebelum ianya dipecahkan oleh Luka Modric pada 2018.

Ketiadaan Ballon d’Or tahun ini pastinya memberikan impak kepada beberapa pemain yang cemerlang.

Antaranya; seperti biasa, Messi dan Ronaldo. Seterusnya Robert Lewandowski yang dicanang mungkin akan memenangi Ballon d’Or pertamanya.

Ini selepas musim yang luar biasa bersama Bayern Munich.

Sergio Ramos dan Karim Benzema turut dikatakan sebagai calon pemenang selepas musim cemerlang bersama dengan Real Madrid – membantu pasukan tersebut menjulang semula La Liga.

Kevin De Bruyne sekali lagi cemerlang dan dianggap boleh mencabar calon lain.

Barcelona kemudian memberikan respon kepada berita tersebut. Di mana mereka menyatakan mereka faham dengan pembatalan Ballon d’Or pada musim ini, dan pada masa yang sama mereka menyatakan, semua orang tahu siapa yang terbaik, merujuk kepada Lionel Messi.

Baca yang lain