Tiada Bola Sepak, Aksi Dramatik Twitter Soton vs Man City (Ganti Norwich) Lawan Tic Tac Toe

Tic-tac-toe (atau dikenali sebagai permainan X dan O) ialah sebuah permainan pensil dan kertas untuk dua pemain, X dan O.

Di mana dua pemain akan bergilir-gilir untuk membuat tanda tersebut di dalam sebuah grid 3×3.

Biasanya, pemain X yang mulakan permainan. Pemain yang berjaya meletakkan tiga tanda mereka berturut-turut sama ada mendatar, menegak, atau menyerong memenangi permainan ini.

Versi awal Tic-tac-toe diperkenalkan dan dimainkan pada zaman Empayar Rom, sekitar abad pertama BC diberi nama Terni Lapilli.

Pemain perlu meletakkan tanda mereka di ruang kosong untuk terus bermain dan permainan ini dimenangai dengan pemain pertama yang berjaya meletakkan tiga tanda mereka berturut-turut.

Namun begitu, menurut buku Tic Tac Toe: And Other Three-In-A Row Games from Ancient Egypt to the Modern Computer yang ditulis oleh Claudia Zaslavsky, permainan Tic-tac-toe mungkin berasal dari zaman Mesir Purba.

Permainan lain yang menyerupai Tic-tac-toe ialah Three Men’s Morris yang juga dimainkan di atas grid ringkas dan memerlukan tiga tanda sama berturut-turut untuk menang[1].

Cetakan pertama yang berkaitan dengan permainan ini diberi nama Noughts and crosses muncul pada tahun 1864.

Dalam novel Can You Forgive Her, 1864, Anthony Trollope merujuk kepada seorang kerani yang bermain tit-tat-toe.

Pada tahun 1952, permainan video bertajuk OXO merupakan permainan video pertama untuk permainan Tic-tac-toe yang dikeluarkan untuk komputer EDSAC.

Dalam permainan video ini, pemain boleh melawan pemain komputer[4].

Kombinasi

Tic-tac-toe memerlukan pemain untuk melakukan analisis terperinci sebelum meneruskan permainan, seperti kombinasi posisi yang boleh digunakan atau kombinasi permainan.

Kiraan rawak menunjukkan bahawa lebih kurang 19,683 kemungkinan kombinasi susun atur papan permainan (39 kerana setiap ruang mungkin ada X, O atau kosong).

Dan lebih kurang 362,880 kemungkinan kombinasi permainan (X dan O diletakkan pada posisi berbeza di atas papan permainan)

Soton vs City main Tic Tac Toe

Liga Inggeris dan liga di Eropah ditangguhkan sementara kerana wabak koronavirus yang menyerang dunia pada ketika ini.

Dan ianya sudah memasuki UK. Membuatkan EPL memutuskan mengambil langkah menangguhkan / menggantung aksi Liga Perdana Inggeris, sebagaimana diambil oleh Bundesliga dan Serie A.

Beberapa media sosial bola sepak pastinya tidak ada benda nak update buat masa ini.

Dan Twitter Southampton telah mengajak mana mana twitter kelab lain berlawan tic tac toe.

Cabaran itu disahut oleg Man City.

Awalnya Southampton mencabar Norwich City. Malang sekali ia tak dibalas oleh Norwich City.

Akhirnya Norwich City melakukan pertukaran dan memasukkan Manchester City. Suka hati dia je kan.

Dan kemudian kedua dua pasukan bertarung sengit. Tiada pemenang, perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri. Satu mata untuk dikongsi.

Kreatif kan? Manusia memang kreatif semacam kalau bosan.