Peminat drama Korea Vincenzo nampaknya harus bersabar menunggu kesinambungan cerita setelah disahkan bahawa drama ini tidak akan ditayangkan minggu hadapan.
Rumors tentang perkara tersebut sudah berlegar minggu lalu, dan penerbit drama akhirnya mengesahkannya.
Namun pihak penerbitan menafikan bahawa ianya berkaitan dengan kontroversi lain. Sebaliknya ia berlaku kerana pihak mereka mahu meningkatkan lagi kualiti episod drama tersebut.
Eiii, cakap je la kerja tak siap kan. Hmmm..
“Setelah menayangkan episod 16, (Vincenzo) akan mengambil masa satu minggu untuk meningkatkan kualiti drama,” kata produksi Vincenzo dalam satu kenyataan rasmi.
Untuk minggu ini, Vincenzo masih akan ditayangkan untuk episod 15 dan 16, tetapi untuk episod 17 yang sepatutnya ditayangkan pada 17 dan 18 April, ia akan ditayangkan pada 24 dan 25 April 2021.
[ARTICLE | #Vincenzo]
The episode 17 and 18 will be postponed and will air on April 24-25 instead. The reason for the closure is to improve the drama’s completeness. The production team explains that they want to show good quality until the end, hence the postponement. pic.twitter.com/oxYs3lKU6Z
— atty. cassano | #Vincenzo (@VINCENZOtvn) April 7, 2021
Walaupun tidak ditayangkan untuk minggu hadapan, penerbit berjanji akan menyiarkan episod khas pada jadual siaran Vincenzo.
“17 April akan menjadi episod khas,” kata mereka lagi.
#SongJoongKi and #JeonYeoBeen spotted filming for tvN drama #Vincenzo pic.twitter.com/QszBRKeaRu
— Song Joong Ki #송중기 (@joongkisource) April 9, 2021
Vincenzo mengisahkan seorang mafia yang kembali ke Korea Selatan untuk mengeluarkan semula emas yang disimpannya di bawah sebuah plaza.
Namun di Korea, Vincenzo mulai membantu firma guaman Jipuragi untuk menentang syarikat Babel yang korup dan mengeluarkan dadah berbahaya.
Drama ini berbentuk antihero di mana protagonis seorang penjahat berhadapan dengan penjahat lain. Lebih menarik Vincenzo seorang yang ahli dalam perundangan.