Tiada Jaminan Kane Akan Kekal Di Spurs, Bayern Terus Berusaha Mendapatkannya

Pengurus baharu Tottenham Hotspur, Ange Postecoglu ditanya tentang situasi Harry Kane, adakah Levy sebelum ini pernah memberikan jaminan bahawa pemain itu akan kekal di Spurs musim ini?

Pengurus asal Australia itu dengan jujur berkata, dia tidak diberikan jaminan bahawa Harry Kane akan terus kekal bersama Spurs.

Namun dia masih menyertakan nama Kane dalam projeknya pada musim ini.

Harry Kane memasuki tahun akhir kontraknya di Spurs. Dan dia sudah menjadi pemain sasaran Bayern Munich.

2 bidaan telah dihantar oleh kelab gergasi Jerman itu untuk mendapatkan Kane, dan bernilai £60 juta dan £70 juta – masing masing. Namun kedua duanya ditolak oleh Spurs.

Kini Harry Kane dikatakan benar benar berminat mahu menyertai Bayern Munich yang boleh menjanjikannya peluang lebih tinggi untuk memenangi trofi.

Ange Postecoglu berkata: “Tak! Saya tak diberikan jaminan itu [bahawa Kane akan kekal di Spurs]. Dan saya pun tak pernah mengharapkan tentang jaminan seperti itu.”

“Kamu tak akan pernah ada jaminan untuk perkara seperti ini dan tiada kepastian ketika berhadapan dengannya. Apa yang saya tahu sekarang ini, Harry Kane sebahagian daripada skuad ini dan saya tak sabar sabar nak melihat dia kembali.”

Ange Postecoglu menegaskan, Harry Kane tetap telah memahat namanya sebagai legenda kelab.

“Harry sudah berada dalam buku sejarah kelab ini. Dia merupakan penyerang berkelas dunia dan saya nak dia terlibat dengan saya di sini.”

“Perbincangan saya dengan dia sebelum ini tentang cara untuk menjadikan kelab ini berjaya dan saya yakin dia pun mahukan kelab ini berjaya.”

Daniel Levy setakat ini masih berusaha untuk menyakinkan Kane agar terus kekal di Spurs. Di mana Spurs menawarkan kontrak baru dengan gaji luar biasa.

Gaji semasa Kane adalah £200 ribu seminggu di Stadium Hotspur.

Bayern terus berusaha mendapatkan Kane. Malah sedia memujuk Kane untuk tidak melanjutkan kontraknya dan datang ke Bayern sebagai free agent musim hadapan.

Adakah itu yang akan berlaku? Atau… adakah Levy sekali lagi berjaya memujuk Kane melanjutkan kontrak baharu seperti sebelum ini?