Dalam aksi di antara Chelsea dan Spurs, terdapat satu kekasaran yang jelas sekali red card offense dilakukan oleh pemain Argentina Giovani Lo Celso.
Di mana pemain tersebut melakukan stamping challenge dekat Cesar Azpilicueta pada minit ke-52.
Dia memijak Azpilicueta ketika pertarungan 50-50 untuk memenangi bola. Frank Lampard sangat kecewa dengan keputusan pengadil yang tidak membuang padang Giovani Lo Celso.
Pengadil meminta bantuan daripada VAR untuk menyemak semula insiden itu.
Selepas tinjauan VAR, pemain itu tak dilayangkan kad merah dengan alasan oleh VAR menyatakan ia bukan kekasaran bahaya.
Azpilicueta mengerang kesakitan kerana bentesan itu. Jika silap haribulan boleh patah kaki tu, kalau impak lebih besar.
Human error – VAR
Komentator perlawanan Darren Fletcher – BT Sports – menyatakan beliau baru mendapat isyarat dariapa BT di Stockley Park – markas VAR.
Di mana mereka mengakui itu adalah satu kesilapan untuk tidak membuang padang Lo Chelsea.
Pegawai VAR di Stockley Park menyatakan bahawa ia adalah bukan salah VAR tetapi salah manusia / human error.
The PGMOL have admitted that Lo Celso should have seen red, attributing the error to 'human error'. 👀https://t.co/tuyzaXax39
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) February 22, 2020
Tidak pasti apa yang cuba dikatakan oleh PGMOL tentang human error ini. Kerana terang terang VAR menyatakan no seroius foul play. Pengadil pun ikut je la apa yang terpampang pada VAR.
Ataupun pegawai VAR silap tekan butang?
Ini kerana Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) kini menyatakan kesalahan adalah pada David Coote yang merupakan ketua pegawai VAR di Stockley Park.
Bagi aku benda ni tak payah pakai VAR pun. Terang terang Lo Celso memijak Azpilicueta kan?
Jadi, kes ini akan dibawa ke penilaian pengadilan selepas perlawanan ataupun retrospektif.
Dijangka Giovani Lo Celso akan dikenakan hukuman berat selepas ini.
Chelsea menang 2-1 ke atas Spurs dalam aksi Derbi London. Mourinho sekali lagi tewas di tangan anak muridnya, Frank Lampard pada musim ini.
Gol gol Chelsea adalah menerusi Olivier Giroud yang merupakan bekas pemain Arsenal. Perit penyokong Spurs kena dengan ni.
Seterusnya gol kedua adalah menerusi Marcos Alonso.
Kebaikan hati Chelsea terus terserlah dengan gol sendiri Rudiger pada minit akhir perlawanan. Menjadikan mereka pasukan paling banyak OG musim ini dalam liga.
Kemenangan ini pastinya melegakan Chelsea yang beberapa kali keciciran mata musim ini.
Selain itu, Lampard terus menyisihkan Kepa Arrizabalaga dalam perlawanan ini dan memberikan kepercayaan kepada Willy Caballero.
Chelsea kini 44 mata di tangga keempat dan beza 4 mata daripada Spurs di tangga kelima selepas tamat perlawanan ini.
Kedua dua pasukan masih berusaha untuk memastikan mereka dapat beraksi di UCL pada musim hadapan.
4 teratas adalah jaminan untuk ke UCL. Namun 5 teratas juga kemungkinan besar akan ke UCL sekiranya CAS tidak menarik balik hukuman ke atas Man City.