Victor Osimhen dilaporkan setuju untuk melanjutkan kontrak baharu dengan Napoli. Dan kelab itu cuba memasukkan klausa pelepasan €150 juta dalam kontrak baharu itu.
Sebelum ini Osimhen memberitahu kelab dia sedia berpindah ke kelab lain terutama sekali ke EPL yang menjadi impiannya dari kecil.
Namun tidak ada kelab sanggup membayar €200 juta untuk pemain itu. Al Hilal membuat bidaan €140 juta untuk mendapatkan Osimhen sebelum ini, tawaran itu ditolak kelab.
Seterusnya PSG dilaporkan mencadangkan tawaran €150 juta kepada Napoli untuk Osimhen. Namun kelab juara Serie A itu menyatakan mereka menunggu bidaan €20 juta dari kelab Paris itu.
PSG menarik diri dan kemudian beralih kepada Ousmane Dembele dan Goncalo Ramos.
Osimhen seterusnya mengeluarkan kenyataan bahawa dia sedia kekal di Napoli jika tidak ada tawaran yang memuaskan hati kelabnya.
Dan kini rundingan kontrak baharu dibuat oleh kedua dua pihak.
Napoli menawarkan gaji baharu €10 juta semusim kepada penyerang antarabangsa Nigeria itu. Menjadikan dia penerima gaji tertinggi dalam sejarah Napoli.
Satu lagi sebab kenapa Napoli berjaya memujuk Osimhen untuk kontrak baharu kerana hubungan kelab itu dengan ejennya.
Dilaporkan ejen Osimhen akan menerima habuan yang agak tinggi – angka tidak didedahkan – yang akan dia terima daripada kelab itu.
Presiden Napoli dikatakan sangat rapat dengan mesra dengan ejen Osimhen.
Kini kedua dua pihak sedang berunding tentang isu klausa pelepasan. Dan angka €150 juta dianggap paling munasabah untuk kedua dua pihak.
Memandangkan angka itu kini adalah bukan mustahil lagi untuk dibayar oleh kelab lain berdasarkan inflasi pada harga pemain di pasaran pada masa ini.
Kontrak baharu tersebut berdurasi 3 tahun sehingga 2026. Presiden Napoli menganggap ianya hadiah kepada prestasi Osimhen sejak menyertai Napoli serta sikap profesional pemain itu untuk kekal menghormati kelabnya walaupun dia menarik minat banyak kelab lain.
Ejen kepada Osimhen tidak pernah mencadangkan kliennya kepada kelab lain di belakang pengetahuan Napoli.