Tiada Messi vs Ronaldo, Tiada Masalah, El Clasico Semalam Tetap Ada Rohnya

Sebelum aksi el clasico, ada yang menjangkakan bahawa el clasico kali ini akan didominasi oleh Barcelona di Nou Camp dan Real Madrid tampil dengan pendekatan pragmatik.

Ramai yang menganggap roh el clasico itu sudah hilang kerana tiada lagi Messi vs Ronaldo.

Ternyata semalam ceritanya berbeza. El clasico kekal el clasico sama ada dengan ataupun tanpa Ronaldo.

Mungkin musim lalu, roh tu tak cukup sebab Real Madrid dilanda pelbagai masalah kehambaran prestasi.

Namun musim ini, el clasico kembali dengan semangat yang mereka miliki sebelum ini.

Banyak percubaan bahaya dilancarkan ke gawang lawan. Barcelona memiliki peluang mereka tersendiri. Dan begitu juga Real Madrid.

Sebelum perlawanan, ada segelintir penyokong Barcelona membawa mesej politikal mereka untuk dunia mendengar.

Mereka menaikkan mesej: Sepanyol jom duduk dan bincang.

Di luar stadium keadaan agak panas juga la.

Sejak dari dulu lagi permusuhan Barcelona dan Real Madrid memang ada unsur politik di dalamnya.

Dan ianya sentiasa panas!

Di atas padang kedua dua pasukan bermain dengan semangat tak nak kalah. Tak kisah kalah dengan pasukan divisyen 4 sekalipun, namun bukannya perlawanan ini.

Ada insiden panas dan memaki hamu referee. Itulah el clasico.

Real Madrid ternyata tampil dengan lebih garang. Mereka mengimbangi penguassaan bola Barcelona dan melakukan lebih banyak percubaan serta percubaan tepat.

Ter Stegen adalah halangan terbesar Real Madrid dalam perlawanan ini. Beliau ternyata antara penjaga gol terbaik dalam perlawanan el clasico dalam sejarah.

Gareth Bale, Isco, Benzema dan Casemiro bermain dengan baik dalam perlawanan ini.

Untuk Barcelona. Mereka menguasai perlawanan ini hanya dengan jumlah yang sedikit. Anda kena ingat, Barcelona apabila mereka hilang penguasaan bola mereka akan dalam masalah.

Ini kerana mereka memerlukan pertukaran hantaran banyak antara pemain untuk mencipta gol.

Messi, Suarez mengetuai serangan Barcelona. Namun mereka hanya melakukan 9 percubaan dan 4 percubaan tepat sahaja dalam perlawanan ini.

Bukti Real Madrid berjaya meneutralkan ancaman mereka dengan berkesan.

Seperti Ter Stegen, Gerard Pique juga ada malam yang sibuk.

Sergio Ramos di pasukan sebelah lagi, turut melakukan satu on the line clearance yang cantik untuk menyelamatkan gawang pasukannya.  Sama juga dengan Gerard Pique.

Mereka berjuang sehingga ke wisel penamat untuk mencari kemenangan. Ternyata perlawanan ini adalah milik pertahanan yang berjaya bertahan dengan sebaiknya.

Walaupun el clasico kali ini tiada pertarungan Messi vs Ronaldo, namun el clasico kali ini memang ada kualiti dan sengit. Ramai pemain yang berada dalam prestasi terbaik mereka untuk beraksi dalam perlawanan ini.

Perlawanan kali ini lebih mempertaruhkan pertarungan berpasukan berbanding dengan individu.

0-0 mungkin bukan keputusan yang kita gemar. Terutama sekali kalau kau datang dari jauh ke Nou Camp, kemudian hanya tengok 0-0.

Tetapi dari segi kualiti permainan, anda akan menikmati nilai hiburan daripadanya.

Baca yang lain