Tiada Pemain City Dalam Team Of The Season BBC Pilihan Peminat

BBC mengeluarkan undian rasmi daripada peminat untuk Team Of The Season EPL pada separuh musim.

Paling mengejutkan, tiada seorang pun pemain Manchester City berada dalam senarai. Walaupun City ketika ini dengan cemerlang dan selesa sekali berada di singgahsana liga.

Skud Pep Guardiola berada 10 mata di atas Chelsea di puncak liga selepas 11 kemenangan berturut turut dalam EPL.

Malangnya pemain pemain City gagal mendapat tempat dalam kesebelasan pilihan peminat setakat ini.

Pada Isnin, media rasmi BBC mengeluarkan senarai undian peminat. Proses undian adalah berdasarkan rating yang diberikan peminat kepada para pemain dari 1-10.

Pemain yang diundi harus bermain sekurang kurangnya 9 perlawanan EPL.

Hasilnya benar benar mengejutkan. Aaron Ramsdale menendang Ederson dari senarai penjaga gol walaupun Ederson melakukan 11 clean sheet setakat ini.

Dua pemain Brighton berada dalam bek berempat pilihan peminat iaitu Tariq Lamptey dan Shane Duffy.

Van Dijk dan Robertson melengkapkan senarai pertahanan. Tiada tempat untuk Ruben Dias dan rakan rakannya.

Joao Cancelo gagal memenangi hati pengundi berbanding dengan Robertson. Sedangkan Cancelo berada dalam prestasi yang luar biasa.

Di tengah, peminat memilih Declan Rice dan N’Golo Kante serta Conor Gallagher yang menunjukkan aksi cemerlang ketika pinjaman di Crystal Palace.

Agak mengejutkan kerana Bernardo Silva dianggap beraksi prestasi terbaik kariernya pada musim ini, masih gagal dalam senarai.

Tidak mengejutkan untuk melihat Mo Salah berada dalam senarai serangan bertiga bersama sama dengan Michail Antonio dan Kai Havertz.

Selain daripada tiada pemain Man City dalam senarai, tiada juga pemain Man United dan Spurs pada kali ini.

Berikut adalah senarai penuh kesebelasan pilihan peminat selepas separuh musim EPL.

Ini pulan TOTS pilihan Alan Shearer setakat ini. Ramsdale masih menjadi pilihan. Trent Alexander Arnold yang membekalkan banyak assist bersama dengan Cancelo berada di fullback.

Tiada nama Van Dijk namun digantikan dengan Ruben Dias dan Rudiger.

Di tengah, Rice dan Gallagher turut menjadi pilihan Shearer bersama sama dengan Bernardo Silva.

Di bahagian serangan, Shearer memilih Mo Salah, Diogo Jota dan Phil Foden.

Bagaimana pula dengan pilihan anda?

 

Baca yang lain