1. Manchester United tembak angin
Agak sukar untuk menerima hakikat bahawa pasukan ini gagal untuk melakukan sebarang shot on target di dalam perlawanan ini.
Ini sudah kali kedua mereka gagal untuk mencatatkan sebarang shot on target pada musim ini. Bukan petanda yang baik.
Manchester United failed to get a shot on target against Wolves.
It's the second time that's happened this season. #MOTD #FACup on @BBCOne & online: https://t.co/v7wzr1iRNR pic.twitter.com/WQO0Uw6YVR
— Match of the Day (@BBCMOTD) January 4, 2020
Dan yang pertama kali dalam pertandingan domestik sejak 2015.
0 – Manchester United failed to direct a single shot on target in a domestic league or cup game for the first time since January 2015 vs Southampton in the Premier League. Barren. #FACup pic.twitter.com/E8HFv2RWNg
— OptaJoe (@OptaJoe) January 4, 2020
Kegagalan mencetak on target ini juga menyaksikan Man United gagal untuk menjaringkan gol ke atas Wolves, buat pertama kali dalam 14 aksi terakhir.
Kali terakhir mereka gagal adalah pada 2004.
2. Prestasi Sergio Romero
Ini adalah perkara yang positif dalam perlawanan ini. Beliau menafikan 1 percubaan yang sangat bahaya daripada Doherty untuk mengelakkan pasukannya ketinggalan.
https://twitter.com/utdxtra/status/1213518200945680386
Romero adalah pilihan utama untuk cup competitions dalam skuad United sejak beberapa musim ini.
Romero dipilih sebagai Man Of The Match dalam aksi ini kerana United banyak juga diserang. Dan di sebelah sana, keeper Wolves lebih tenang dan tak buat apa sangat dengan 0 on target daripada United.
3. Harry Maguire cedera
Pemain bek tengah termahal dunia, Harry Maguire disahkan cedera oleh Manchester United.
Namun tidak pasti kecederaan beliau serius ataupun tak. Ole Gunnar Solskjaer terus menunggu kemaskini kondisi bek tengah utama beliau itu untuk persiapan berhadapan dengan Manchester City selepas ini.
The latest on @HarryMaguire93 ahead of Tuesday’s #CarabaoCup semi-final clash 👇
— Manchester United (@ManUtd) January 4, 2020
Jadi, perkembangan ini pastinya merisaukan para penyokong United dengan krisis kecederaan pemain yang ada sekarang.
4. Manchester United bukan masalah Wolves
Hakikat yang harus diterima penyokong Man United, pasukan Wolves kini melebarkan lagi rekod tanpa kalah berhadapan dengan mereka.
Wolves sudah tak kalah di tangan United dalam 5 perlawanan berturut-turut dalam semua kompetisi.
Dan selepas ini mereka akan bermain di Old Trafford untuk aksi ulangan, selepas seri tanpa jaringan di Molineux.
Dalam lima perlawanan terakhir itu, Wolves menang 3 kali dan seri 2 kali berhadapan dengan Red Devils.
5. Serangan United
Kualiti serangan United agak bermasalah secara unit dan secara teknikal. Secara unit, Man United sekali lagi gagal untuk lebih penetratif dan terhubung sesama mereka di atas padang.
Mason Greenwood beraksi sebagai no.9 tunggal pada hari ini. Menunjukkan beliau adalah complete forward. Namun aksi beliau tidak cukup menyerlah.
https://twitter.com/TheDeleEra/status/1213545565117648899
Seterusnya dari segi kualiti teknikal, secara tersuratnya, 0 on target itu sudah cukup untuk merumuskannya.
Ini kali kedua berturut-turut mereka tewas tanpa mampu menjaringkan sebarang gol dalam semua pertandingan.
Cuma satu sahaja yang mereka lakukan untuk mengelakkan ‘damage’ adalah tidak bolos. Bak kata orang, apabila kamu tak dapat skor, jangan bolos.
Rumusan
Ini pastinya bukan keputusan yang dimahukan Ole. Ini kerana aksi timbal balik akan mencabar kualiti squad depth United pada ketika ini yang berhadapan dengan banyak isu kecergasan dan kecederaan.
Paul Pogba dan Scott McTominay masih tidak cergas. Begitu juga dengan Eric Bailly.
Pogba sebelum ini dilaporkan dalam proses untuk melakukan pembedahan kecil. Jadi, beliau antara nama yang sudah boleh kita katakan tak akan terlibat.
Scott McTominay yang menjadi pemain tengah terbaik mereka musim ini diharap dapat cergas ketika itu.