UEFA kecewa dengan tindakan Belgium yang tidak dapat menyediakan venue perlawanan Piala Negara Negara Eropah antara Belgium dengan I-srael (bintang biru).
Tidak ada satu pun bandar atau stadium di Belgium mahu menganjurkan aksi tersebut. Ianya sebagai tanda protes di atas krisis kemanusiaan yang dicetuskan oleh negara tersebut.
FA Belgium sudah memaklumkan kepada UEFA tentang perkara tersebut. Kerana mereka tidak dapat memberikan jaminan keselamatan jika UEFA berkeras mahu aksi di antara kedua dua negara itu di Belgium.
Bandar bandar utama di Belgium termasuk Liège, Brussels, Leuven, Antwerp dan Bruges – kesemuanya tidak mahu menganjurkan perlawanan itu kerana suara ramai majoriti rakyat di bandar bandar tersebut.
Brussels merupakan bandar pertama yang membantah untuk menjadi venue kepada perlawanan itu. Sebagai tanda mereka tidak mengalu alukan pengganas genosid menjejakkan kaki di bandar tersebut.
Brussels dengan terbuka menyatakan pencerobohan yang dibuat oleh negara tersebut adalah punca mereka tidak mahu menerima tetamu dari sana.
(Nota editor: Sepanjang artikel ini terpaksa berkias sedikit, sebab polisi Google dan Facebook).
Alderman Sukan Brussels, Benoit Hellings berkata: “Situasi geopolitikal di G-aza yang mengejutkan menjadi punca kenapa kami tidak mahu menganjurkan perlawanan ini di Brussels. Kerana kami tidak dapat memberikan jaminan kepada pelawat, orang awam dan juga tahap keselamatan kami tidak ada jaminan untuk perkara itu.
“Kami juga tidak dapat memberikan jaminan keselamatan walaupun perlawanan ini diadakan dalam stadium kosong sekalipun.”
FA Belgium (KBVB) sudah memberitahu UEFA bahawa mereka meminta aksi ‘home’ mereka menentang negara tersebut agar diadakan di luar Belgium.
UEFA akan membincangkan perkara itu. Dan dilaporkan sudah mendapat maklum di atas isu yang dibangkitkan oleh Belgium.
UEFA kini sedang mempertimbangkan aksi di Hungary. Kerana polisi kerajaan negara tersebut yang diketuai Victor Orban, yang mengisytihar mereka penyokong kepada negara bendera biru putih itu.
Stadium Pancho Arena di Hungary sangat dekat dengan Belgium.
UEFA sudah memaklumkan kepada Belgium bahawa mereka tidak boleh menuntut sebarang hasil kutipan daripada perlawanan tersebut. Perkara ini sedikit mengecewakan Belgium kerana mereka baru sahaja mengumumkan keugian €12 juta musim lalu.
Berita ini kurang disenangi oleh FA negara tersebut. Mereka kecewa kerana Belgium tidak mengalu alukan kedatangan mereka.
Dan berharap UEFA memberikan pengadilan terbaik ke atas tuan rumah yang dituduh tidak dapat menyediakan venue perlawanan.