Pada Ahad Ajax telah mengumumkan logo baharu kelab itu menggantikan yang sebelum ini. Di mana Ajax telah mengembalikan semula logo lama mereka.
Dalam sejarah kelab, Ajax pernah menggunakan 4 logo sebelum ini. Dan mereka kembali kepada logo ketiga mereka.
Ianya ditulis bermula 2025 sehingga selama lamanya. Ajax memutuskan untuk keluar daripada logo minimalis dan kembali semula ke logo klasik.
Logo Ajax tersebut sebenarnya diinspirasikan daripada Mitologi Dewa Yunani bernama Ajax. Logo tersebut terhasil dengan 11 garisan mewakili 11 pemain di atas padang.
Logo tersebut digunakan dari tahun 1928 sehingga 1991. Dan kemudian kelab menukarnya kepada logo Ajax yang baharu, kerana faktor minimalis.
Entah macamana, tiba tiba Ajax kembali menggunakan logo lamanya dan sudah diiktiraf akan digunakan buat selama lamanya.
Ajax dalam kenyatannya berkata: “Tanpa sejarah maka tiadalah masa hadapan.”
Without history there's no future ✨ pic.twitter.com/ud2nJyWpTn
— AFC Ajax (@AFCAjax) November 17, 2024
Tindakan Ajax itu rata rata disambut baik oleh peminat mereka. Dan berharap ianya akan dapat mengembalikan semula kegemilangan Ajax di pentas eropah.
Seorang peminat berkata: “Ketika dunia bola sepak dipenuhi mereka yang ‘toksik’ nak tampil minimalis, Ajax memilih untuk kembali kepada logo tradisional dalam bola sepak. Syabas.”
Yang lain berkata: “Tidak sangka, harinya akan tiba, saya masih kecil ketika logo ini dulu ditukar dan saya berharap ia akan kembali suatu hari nanti. Dan ya! Ianya benar benar kembali.”