Kegagalan Manchester United untuk layak ke Liga Juara-Juara telah mengaktifkan kalusa pengurangan sebanyak 25% ke atas gaji pemain, menurut laporan – dan ia merupakan salah satu sebab yang telah ‘mengecewakan’ Cristiano Ronaldo.
Dengan baki satu tahun dalam perjanjian semasanya, penyerang berusia 37 tahun itu telah meminta untuk meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini.
Dia sudah menghantar transfer request dan berharap Man United dapat mempertimbangkan tawaran yang baik.
Keinginan membara Ronaldo untuk bermain dalam pertandingan elit Eropah untuk baki kariernya adalah salah satu faktor pendorong di sebalik keputusannya, tetapi dua isu lain telah muncul dalam laporan baru-baru ini.
Pertamanya, ketidakaktifan kelab dalam pasaran perpindahan telah menjadi punca kekecewaan bagi penjaring gol terbanyak Portugal sepanjang zaman. Dia mulai mempersoalkan projek pada musim baharu, sama ada ianya mampu untuk menjulang piala bersama kelab tersebut.
Manchester United sudah pun menyelesaikan perpindahan Tyrell Malacia, dan kemudian akan menyusul ialah Christian Eriksen.
Manakala khabar angin mengenai perpindahan wang besar untuk pemain tengah Barcelona, Frenkie de Jong terus bertiup kencang.
Tetapi Ronaldo dikatakan sudah ‘tidak tahan lagi melihat respon kelab yang terlalu lembab terhadap musim yang buruk’, menurut Manchester Evening News.
Sebagai tambahan kepada kekecewaan mengenai kekurangan pemain, laporan itu mendakwa Ronaldo agak kecewa dengan pengurangan gaji pemain [25%] akibat kegagalan mereka untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah.
Ini bukan pertama kali Man United mengaktifkan klausa pengurangan gaji itu jika gagal ke UCL. Oleh sebab itulah Man United sentiasa membayar gaji pemain mereka dengan nilai sangat tinggi.
Apabila dia menandatangani perjanjian dengan kelab di Old Trafford itu, pemenang Ballon d’Or lima kali itu bersetuju dengan kontrak £480,000 seminggu dengan kelab itu tetapi musim ini, dia akan hanya akan memperoleh gaji £360,000 ketika United bermain di Liga Europa.
United’s slow transfer market and salary cut from not finishing top four are the key issues driving Ronaldo’s desire to leave #mufc https://t.co/8U8Riu8gga
— Samuel Luckhurst (@samuelluckhurst) July 5, 2022
Ronaldo percaya dia mempunyai ‘tiga atau empat tahun’ lagi di peringkat tertinggi, tetapi sumber bilik persalinan masih percaya dia akan kekal di kelab itu, kata Manchester Evening News.
Ini kerana Man United benar benar mahukan Ronaldo kekal. Dia pun pada masa yang sama sangat sayangkan kelab tersebut.
Beberapa kelab, termasuk Chelsea dan Bayern Munich, telah mengadakan perbincangan dengan ejen Cristiano Ronaldo, Jorge Mendes, mengenai kemungkinan perpindahan.
Mendes juga bercakap dengan presiden Barca Joan Laporta semasa lawatan ke Barcelona baru-baru ini, menurut penerbitan Sepanyol AS.
Chelsea dilaporkan benar benar serius mahukan Ronaldo. Walaupun pemain itu lebih memilih Bayern Munich.
Laporan Fabrizio Romano pula menyebut, Ronaldo sudah meminta pelepasan khas 3 hari pertama pra musim atas alasan masalah keluarga.
Apa yang pasti Ronaldo masih berharap dia akan dapat berpindah pada musim panas ini. Dengan ejennya masih berusaha merealisasikan kehendak pemain itu.
Bagi Ten Hag pula, dia sudah mengulangi pendiriannya bahawa dia mahu Ronaldo berada dalam pasukannya.
Manchester United buat masa ini tidak mahu mendengar sebarang bidaan daripada kelab lain untuk superstar mereka itu.
Man United masih belum ada jawapan bila Cristiano Ronaldo akan kembali ke dalam skuad untuk bersama sama dengan pemain lain berlatih ketika pra musim. Ini termasuk perjalanan ke Bangkok pada pra musim kali ini. Ronaldo dijangka mungkin tidak akan bersama dengan Setan Merah.
Berita itu pasti benar benar menghampakan peminat Man United di Asia.
🚨 Manchester United still have no idea when Cristiano Ronaldo plans to return to training.
The team fly out to Bangkok in two days and there are doubts over whether Ronaldo will be on the plane.
(Source: @CharDuncker) pic.twitter.com/2vUpuXebpe
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) July 6, 2022