Tiba Tiba Southgate Serap Mainoo Ke Pasukan Utama

Gareth Southgate membuat keputusan mengejut apabila memanggil Kobbie Mainoo menyertai skuad senior England.

Mainoo yang sepatutnya melapor diri untuk B-21 telah dinaikkan pangkat serta merta walaupun tiada seorang pun pemain panggilan sebelum ini digugurkan atau cedera.

Sebelum ini Southgate menerima kritikan kerana tidak memannggil pemain berusia 18 tahun itu. Atas alasan, pemain itu kurang minit permainan untuk seorang pemain muda.

Mainoo bukan sahaja boleh bermain untuk England, dia juga masih boleh bermain untuk Ghana berdasarkan negara asal ibu bapanya.

FA Ghana sudah memberitahu bahawa mereka sedia memujuk pemain itu mewakili mereka.

England kini sedia memberikan debut senior kepada Mainoo dalam aksi antarabangsa akan datang.

Namun pemain itu masih boleh menukar status pasukan kebangsaannya kerana pemain yang di bawah 21 tahun boleh menukar negara mereka wakili jika tidak bermain lebih daripada 3 aksi kompetitif.

Aksi persahabatan tidak dikira aksi kompetitif ye.

Mainoo bermain 20 penampilan untuk United musim ini termasuk ketika menang 4-3 secara dramatik ke atas Liverpool pada aksi suku akhir Piala FA beberapa hari lalu.

England akan berdepan Brazil dan Belgium pada aksi persahabatan dan aksi pemanas badan sebelum Euro pada Jun menentang Bosnia and Herzegovina serta Iceland.

England akan memulakan kempen Piala Negara Negara Eropah menentang Republic of Ireland dan Finland pada September.

Sebelum ini bekas pemain England, Ian Wright mempersoalkan kenapa Southgate tidak mahu memanggil Kobbie Mainoo.

“Kobbie Mainoo harus berada di dalam skuad England yang akan datang. Kematangan yang hebat berdepan situasi huru hara, adalah perkara yang kita dah lama tak nampak ada pada pemain England. Saya kagum setiap kali melihatnya,” tegas Wright.

Wright kemudian secara langsung mempersoalkan sekali lagi bagaimana Mainoo tidak dipanggil sambil bertanya kepada Roy Keane, apa pula pandangan bekas kapten United itu.

Dengan berkata: “Kamu tahu kan Keane, dia pemain yang layak bermain untuk England.”

Pendapat itu disokong oleh Gary Lineker: “Setuju dengan Ian Wright, pemain muda yang hebat.”

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.