Tibai Chelsea 4-1, Man United Sahkan Tempat Di UCL

Jika sebelum ini aksi menentang Chelsea dianggap aksi sukar untuk meraih mata penuh.

Namun tidak pada kali ini. Chelsea ternyata berterusan berprestasi hambar. Dengan skuad yang berbelanja lebih €600 juta pada musim ini, terus menelan satu lagi kekalahan memalukan.

Chelsea turun ke Old Trafford dalam usaha memperbaiki kedudukan mereka dalam pertengahan liga.

Man United pula hanya memerlukan hanya 1 mata untuk mengesahkan tempat dalam UCL musim hadapan.

Bertempat di Old Trafford, Man United terus di hadapan seawal minit ke-5 menerusi Casemiro. Ini adalah kali kedua berturut turut pemain itu menjaringkan gol.

Casemiro menanduk masuk sepakan percuma cantik daripada Luke Shaw.

Sebelum rehat separuh masa pertama, Antony Martial menyumbat gol kedua pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Gol Martial adalah hasil kerja dengan daya imaginasi dan visi yang luar biasa.

Bermula dengan sungkitan Casemiro kepada Sancho, pemain antarabangsa England itu dengan tidak tamaknya telah melorongkan bola mudah kepada Martial.

Bersambung separuh masa kedua, hanya 2 minit perlawanan disambung Bruno Fernandes melakukan percubaan terkena palang.

Ianya bermula daripada tekanan intensif daripada Lindelof yang melorongkan bola kepada Sancho. Sancho melorongkan kepada Fernandes yang merembat terkena palang.

Pada minit ke-68, Man United mencetak satu lagi gol. Kali ini menerusi penalti oleh Bruno Fernandes.

Minit ke-78 adalah malapetaka lebih besar. Di mana Fofana melakukan hantaran lemah yang dipintas Sancho yang terus melorongkan kepada Rashford. Percubaan pertamanya dihadang oleh Kepa. Namun bola bergolek ke belakang dan terus disambar Rashford.

Ianya gol ke-30 Rashford musim  ini. Terima kasih kepada Ten Hag yang memberikan kepercayaan kepadanya dan membangkitkan semula pemain itu daripada kehambaran prestasinya musim lalu.


Dia menjadi pemain United pertama menjaringkan 30 gol sejak Robin Van Persie pada 2012/13.


Chelsea mendapat gol saguhati minit ke-89. Dengan gol yang sangat cantik.

Tamat perlawanan,  Man United 4 Chelsea 1.

United kembali semula ke UCL. Dan lebih manis mereka menyingkirkan musuh tradisi mereka Liverpool daripada persaingan ke UCL musim hadapan.

Chelsea merekodkan rekod jumlah kekalahan terburuk dalam Liga Perdana Inggeris sejak era Roman Abramovich dan kini diwarisi Todd Boehly.

Ianya kekalahan ke-16 Chelsea musim ini.

Baca yang lain