Tidak Ada Semangat Kesukanan, Atlet Perancis Ini Sengaja Jatuhkan Semua Air Dan Ambil Yang Terakhir

Dalam cara marathon Olimpik Tokyo 2020, atlet Perancis telah melakukan tindakan sabotaj yang dianggap paling teruk dan tiada semangat kesukanan.

Olimpik merupakan medan persaingan antara atlet. Semangat kesukanan tinggi antara elemen yang membuatkan kita menggemari sukan ini.

Dalam temasya kali ini, ramai atlet di Olimpik kali ini meluahkan kesukaran mereka bersaing dalam cuaca panas. Dan dalam acara marathon final, para atlet berlari pada suhu hampir 30 darjah.

Acara ini berjaya dimenangi oleh atlet marathon legenda, Eliud Kipchoge. Namun satu rakaman televisyen merakam pelari Perancis Morhad Amdouni menggunakan taktik kotor dengan menjatuhkan kesemua botol air yang disediakan di stesen air.

Dengan suhu menghampiri 30 darjah dan tahap kelembapan lebih dari 80 peratus, lebih daripada satu perempat atlet maraton lelaki terpaksa mengundurkan diri dari perlumbaan.

Oleh itu, tahap penghidratan setiap atlet sangat penting untuk membolehkan mereka bermain di puncak mereka.

Itulah sebabnya Amdouni yang tidak menghiraukan rakan atletnya di stesen minum air ketika perlumbaan berbaki 28 km lagi. Amdouni mahu memastikan peserta lain di belakangnya tidak dapat air dan gagal mengejarnya.

Ia dianggap sabotaj kejam dan tiada semangat kesukanan. Kerana silap silap haribulan boleh menyebabkan pelumba dehidrasi yang boleh mengancam nyawa.

Ada juga yang mempertahankan Amdouni dengan menyatakan bahawa dia tidak sengaja menjatuhkan air itu kerana dalam kedaan dia sedang berlari.

Alasan itu nampaknya tidak boleh diterima kerana ini bukannya pertama kali Amdouni berlari dan melihat water station seperti itu.

Para penonton yang menyaksikan acara tersebut melihat tindakan Amdouni itu memang sengaja agar pesaingnya kesukaran untuk berlari.

Ia mengundang kecaman daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan Amdouni yang mementingkan diri sendiri.

Walaupun Amdouni cuba mensabotaj lawannya pada hentian air tersebut, dia tetap gagal menggunakan kelebihannya pada ketika itu. Di mana dia menamatkan perlumbaan jauh di belakang pemenang emas. Amdouni berada di tangga ke-17.

Eliud Kipchonge meneruskan legasinya dalam sukan ini dengan menjadi pemenang emas. Perak milik Abdi Nageyee dari Belanda. Manakala gangsa milik pelumba Belgium Bashir Abdi.

Piers Morgan menyatakan bahawa Amdouni layak diberikan pingat emas untuk acara ‘di*khead’.

Piers berkata:

“TERKINI: Emas untuk kepala kemaluan terbesar [d-head] paling besar dalam Sukan olimpik Tokyo ini milik atlet marathon Perancis, Morhad Amdouni yang dengan sengaja menjatuhkan kesmua air daripada rakan pesaingnya, sukar untuk dipercayai.”