Semalam telah tular satu video di mana berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Viva dengan kereta mewah Lamborghini Huracan – kejadian berlaku di Petaling Jaya.
Lamborghini tersebut melanggar kereta Perodua Viva kerana tak sempat mengelak, ketika Perodua Viva itu cuba menukar lorong.
Seorang pemilik Facebook bernama Azman Nor menceritakan bahawa pemilik Lamborghini tersebut telah menghadiahkan mak ciknya sebuah Myvi bagi menggantikan kereta Perodua Viva yang total loss.
Azman berkata: “Berita terbaik hari ini, pemilik Lamborghini baru sahaja membelikan sebuah Myvi untuk menggantikan kereta viva unty.”
“Mereka berdua baik baik sahaja. Tabik hormat kepada pemilik Lamborghini yang bergatungjawab seperti lelaki sebenar, dan memastikan unty tidak kehilangan sumber pendapatan.”
Azman mengesahkan bahawa pemandu Lamborghini dengan mak ciknya itu mencapat persetujuan untuk menyelesaikan masalah itu dengan cara baik.
Pemandu Lamborghini tersebut bernama Thomas Heng. Beliau berkata, terpanggil untuk membelikan kereta baharu untuk ibu tunggal tersebut.
Difahamkan, pemilik kereta Viva tersebut adalah peniaga makanan yang mencari rezeki dengan menerima tempahan makanan dan dihantar ke rumah pelanggannya pada musim COVID-19 ini.
Oleh kerana Thomas tidak mahu ibu tunggal tersebut hilang punca pendapatan disebabkan tiada kenderaan.
Bercakap kepad Harian Metro, Thomas berkata: “Akibat kemalangan itu, Lamborghini saya remuk pada bahagian depan dan kanan manakala Viva wanita itu ‘total loss’ (musnah).
“Kes diselesaikan secara baik tanpa pergaduhan malah dua-dua pihak membuat laporan polis untuk proses tuntutan insurans, namun bagi kereta ‘total loss’ ia memakan masa, malah saya dapati tuntutan insurans Viva itu pun sangat rendah.”
“Hati saya tersentuh bila mengetahui wanita itu ibu tunggal anak tiga dan bimbang dia terputus sumber rezeki, saya membuat keputusan membelikannya Myvi terpakai untuk memudahkan pergerakannya menghantar pesanan dijual menerusi atas talian.”
“Paling penting moralnya, tidak semua perkara perlu digaduhkan, selagi mana boleh selesai, selesaikanlah cara baik dan berhemah,” tambah beliau lagi.
Beliau juga sudah mengesahkan bahawa kedua duanya sudah ada perjanjian tentang pemilikan kereta tersebut.
“Dalam perjanjian itu menjelaskan, saya dengan rela hati membelikan kereta Myvi itu tanpa perlu dibayar semula wanita itu.”
“Malah, saya tidak akan menuntut sebarang ganti rugi termasuk wang tuntutan insurans daripada kemusnahan Viva itu juga menjadi hak wanita itu sepenuhnya untuk kegunaan dan keperluannya,” katanya.
“Proses pertukaran hak milik kereta akan diuruskan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.”
“Malah, bagi membantunya mempromosikan perniagaan atas taliannya, saya hantar Myvi itu untuk proses rekabentuk iklan.”
“Mungkin ini tidak seberapa, tetapi saya harap Myvi ini menjadi pengganti kepada Viva yang rosak itu supaya wanita itu boleh terus mencari sumber pendapatan macam biasa bagi membesarkan anak-anaknya.”
Thomas juga mendedahkan bahawa, tuntuan insurans kereta ibu tunggal itu akan diteruskan. Dan wang itu boleh digunakan sebagai perbelanjaan hariannya.
Ramai netizen memuji tindakan Thomas itu yang bertanggungjawab dan baik hati. Mereka juga gembira kerana kedua-duanya tidak apa apa.