Tidak Memikirkan Wang Berjuta, Lothar Matthaus Pulangkan Jersi Maradona Kepada Rakyat Argentina

Jersi yang dipakai legenda bola sepak Diego Maradona pada perlawanan akhir Piala Dunia 1986 telah dikembalikan kepada kedutaan Argentina oleh lawannya dari Jerman pada hari itu, Lothar Matthaus. Antara pemain yang paling sibuk cuba merantai Maradona.

Pemain tengah itu bertukar baju dengan Maradona dalam aksi final di Mexico 1986.

Semasa permainan, Maradona telah dibentes dengan kuat beberapa kali oleh Matthaus, tetapi kelicikan dan magis bintang Argentina itu berjaya membuka kunci pertahanan Jerman Barat dengan hantaran yang hebat pada minit ke-86 untuk membantu Jorge Burruchaga, yang menjaringkan gol kemenangan.

Selepas sekian lama menyimpan jersi tersebut, bekas pemain bola sepak Jerman Lothar Matthaus menghantar pulang jersi Diego Armando Maradona pada perlawanan akhir Piala Dunia 1986 di Mexico.

Perkara itu diumumkan, semasa acara di Kedutaan Argentina di Madrid, Sepanyol. Jersi itu diberikan kepada Matthaus, selepas dia bertukar baju dengan Maradona pada perlawanan akhir.

Matthaus dengan berbesar hati telah menyumbangkan jersi tersebut kepada muzium bola sepak legenda Argentina itu di Madrid

Piala Dunia 1986 merupakan kemenangan kedua Argentina di Piala Dunia, selepas menjulang Piala Jules Rimet pada 1978.

“Ia sentiasa satu penghormatan untuk bermain menentangnya,” kata Matthaus mengenai mendiang Maradona.

“Sebagai pemain dan seorang insan, dia sentiasa seseorang yang sangat penting bagi saya. Dia akan sentiasa berada di hati kita semua.”

Mereka kemudian bertemu satu sama lain dan bertukar-tukar jersi sekali lagi semasa perlawanan akhir Piala Dunia Itali 90, yang dimenangi Jerman Barat.

Matthaus berkata baju itu akan dipamerkan di kedutaan Argentina di Madrid.  Peminat England akan mengingati Piala Dunia 1986 untuk pasukan Three Lions ke suku akhir, yang menyaksikan pasukan Bobby Robson disingkirkan Argentina selepas tewas 2-1.

Maradona menjaringkan dua gol pada pertengahan babak kedua, termasuk gol Hand of God yang kontroversial.

Baju yang dipakainya dalam perlawanan itu di Stadium Aztec di Mexico City telah dijual dengan harga lebih $9 juta (£7.6 juta) dalam lelongan dalam talian di Sotheby pada Mei – harga tertinggi pernah dibayar pada lelongan untuk satu unit memorabilia sukan.

Lothar Matthaus boleh sahaja mendapatkan jutaan dollar dengan melelong jersi yang ada padanya. Namun bagi beliau ada perkara tidak ternilai harganya dan rakyat Argentina berhak untuk menyimpan jersi legenda no.1 negara mereka itu.

Ikon bola sepak itu, yang merupakan antar pemain yang paling hebat pernah bermain, meninggal dunia pada November 2020 pada usia 60 tahun.

Baca yang lain

Insiden Tak Masuk Akal Di Brazil

Di Brazil, pemain mereka telah melakukan taktik sangat luar biasa untuk melengahkan perlawanan. Di mana mereka telah memaksa rakan mereka masuk ke