Amad Diallo menjadi wira Manchester United menyingkirkan musuh tradisi Liverpool dari saingan Piala FA.
Gol kemenangan tersebut membolehkan United mara ke separuh akhir Piala FA.
Pada hari perlawanan, Amad Diallo sebenarnya berpuasa. Dan dia menyatakan dengan jujur, bukan mudah untuk dia bermain pada hari tersebut dalam perlawanan besar.
Lebih lebih lagi dia perlu melakukan banyak larian intensif atas padang ketika dimasukkan. Amad berkata dia sendiri yang memutuskan untuk berpuasa walaupun pada hari perlawanan.
Dan dia juga harus berjuang untuk pasukan apabila diperlukan, kerana pasukan sudah memberikan kebenaran kepadanya untuk menunaikan ibadat puasanya.
AN INCREDIBLE END TO ONE OF THE MOST INCREDIBLE DERBY GAMES YOU WILL HAVE EVER SEEN.
Step forward, Sir Amad Diallo ♥️@ManUtd have won it in extra-time with seconds to go!!!#EmiratesFACup pic.twitter.com/Avyx1vE857
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 17, 2024
Kerana ada beberapa kelab mereka tidak menggalakkan atau ada yang melarang pemain berpuasa pada hari perlawanan.
Man United antara kelab yang memutuskan untuk menghormati pemain yang berpuasa pada bulan ramadan.
Fokus juga tercabar pada hari dia berpuasa. Namun Amad Diallo menguatkan tekad kerana ‘Saya melakukannya [berpuasa] kerana Tuhan [Allah]’ tegas pemain itu.
Selepas tamat perlawanan, Amad memberitahu wartawan: “Ianya bukan mudah melakukannya apabila kamu berpuasa, namun kamu harus percaya kepada diri kamu.
“Saya berpuasa kerana Allah. Saya berpuasa dan pada masa yang sama saya mahu berjuang untuk pasukan saya apabila saya berada di atas padang. Jadi, syukur kepada tuhan di atas momen ini.”
Amad Diallo: "I do it for God".
After confirming he was fasting for the holy month of #Ramadan for Manchester United against Liverpool.
He scored the winner on an empty stomach, hungry for success! ❤️#MUNLIV #FAcup #ManUtd pic.twitter.com/ehOcHFbsa5
— Ali (@RoyMustang786) March 17, 2024
Beberapa minggu lalu, Amad Diallo mengejutkan ramai peminat apabila dia dikatakan memadamkan akaun media sosialnya. Banyak spekulasi yang timbul termasuk kononnya dia kecewa kerana berterusan gagal mendapat tempat di dalam skuad United di bawah Ten Hag.
Malah pada awal musim ini Amad Diallo dilaporkan enggan menerima saranan Ten Hag agar dia pergi secara pinjaman sekali lagi ke kelab lain. Dia malah bertekad mahu merebut tempat dalam skuad United walaupun dia sedar tiada jaminan minit permainan untuknya.
Berbalik kepada kisah akaun media sosialnya, Amad Diallo akhirnya menegaskan dia sebenarnya menyahaktif sementara akaun media sosialnya kerana dia mahu fokus kepada puasa.
Menurut Amad Diallo, di media sosial pada hari ini lebih banyak keburukan untuk ditatap berbanding kebaikan. Yang boleh mengganggu ibadat puasanya.
“Saya akan menyahaktif media sosial saya selama sebulan sebab saya nak fokus kepada ramada. Ini bulan rasmi untuk saya sebagai muslim. Dan media sosial adalah tempat di mana banya perkara tidak elok dipaparkan sepanjang bulan ramadan.
“Hentikan kebencian, tiada masalah pun atas tindakan yang saya buat ini,” tegas Amad Diallo.