Memang dalam beberapa minggu ini kisah pemain mengkritik pengurus yang banyak didengar.
Sebelum ini Robert Lewandowski mengkritik taktikal Xavi Hernandez. Kemudian Jadon Sancho melabel Erik Ten Hag sebagai penipu.
Lepas tu, Youri Tielemans pula tak puas hati dan mengkritik Unai Emery secara terbuka kerana beterusan menyisihkannya daripada kesebelasan utama.
Tielemans tak faham kenapa Unai Emery mahu mendapatkan khidmatnya kalau dia terus setia menggunakan gandingan pemain lamanya di bahagian tengah.
Tielemans sudah beraksi 4 kali untuk Villa musim ini namun kesemuanya sebagai pemain gantian.
Tielemans berkata: “Situasi sekarang ni tak begitu enak. Saya beritahu coach Unai Emery sebelum ini bahawa saya datang ke Villa untuk bermain bola sepak,” tegas pemain itu yang memilih Villa berbanding beberapa kelab besar lain.
Ianya kerana pemain itu mahu mendapatkan lebih minit permainan.
“Dia faham dengan apa yang saya mahukan, namun buat masa ini dia terus memainkan 2 pemain tengah yang dia miliki dari musim lalu.”
“Dia memberitahu selepas perlawanan demi perlawanan bahawa saya akan bermain lebih banyak.”
“Saya tahu jawapan ini tidak membawa sebarang makna. Namun apa yang harus saya lakukan? Sebaik saja saya mendapat peluang itu saya mahu memastikan ia milik saya. Setakat ini saya cuma bermula sekali dalam kempen Piala Persidangan.”
Unai Emery musim ini terus memberikan kepercayaan kepada pivot kembar Boubacar Kamara dan Douglas Luiz. Yang digandingkan dengan John McGinn di bahagian serangan.
Namun Tielemans pastinya harus sedar bahawa kempen Piala Eropah akan bermula tak lama lagi, dengan jadual akan lebih padat. Itulah peluang dia mendapatkan minit permainan.
🎙️ Youri Tielemans: “I told Emery that I came to Villa to play. He understands me, but at the moment, he prefers to play with the two midfielders from last season.
He told me that soon, there will be a succession of games and I’ll get more playing time.”
(Source: DH /… pic.twitter.com/3b1l4TUEFa
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) September 8, 2023