Pertahanan Scotland, Kieran Tierney menepis dakwaan bahawa EPL lebih bagus daripada La Liga. Menurutnya, EPL cuma liga yang lebih kaya dan banyak duit. Namun tidak sesekali lebih bagus daripada La Liga.
Tierney kini bergelut dengan masalah kecederaan sejak tiba di Sepanyol, bersama Real Sociedad. Dia berehat untuk 2 ke 3 bulan kerana masalah di pangkal peha.
Namun begitu pertahanan yang dipinjamkan dari Arsenal itu menikmati kariernya di Sepanyol.
Tierney menegaskan bahawa dia tidak rasa La Liga terlalu ketinggalan berbanding EPL. Setelah dia merasa sendiri bermain di dua liga tersebut.
“Saya tak rasa EPL terlalu bagus berbanding dengan La Liga. Kita semua tahu EPL ada lebih banyak duit. Di mana semua kelab bertanding boleh membeli pemain pemain yang berharga €30 juta. Itu adalah beza yang sangat besar dari segi kewangan.
“Tetapi apabila tiba kepada perbandingan kualiti, saya tak begitu setuju. La Liga ada ramai pemain luar biasa.”
Seterusnya, walaupun ramai pihak seringkali melabel atmosfera di La Liga tidak sebagus di EPL, Tierney juga tidak bersetuju.
“Atmosfera di saini luar biasa. Di England pun bagus. Saya yak nak bercakap benda buruk pasa EPL kerana ianya liga yang hebat, dengan penyokong yang hebat.
“Tetapi jika anda menyaksikan lebih banyak aksi La Liga, kamu akan menyedari betapa hebatnya pertandingan di sini serta penyokongnya.
“Jika kamu pergi bermain di Osasuna, kamu tengoklah sendiri penyokong mereka bersorak bagai nak gila… atau Cadiz. Dan apabila kamu bermain di tempat sendiri, penyokong di belakang gawang gol tak putus putus bersorak, ianya hebat.”
Kieran Tierney on whether the #EPL is better than #LaLiga:
"Everyone knows the Prem has more money. All the clubs can buy footballers for €30m. That's the big difference. But when it comes to quality, I don't agree so much, I think La Liga has extraordinary footballers." pic.twitter.com/UOxUc3GQ1V
— Football España (@footballespana_) January 6, 2024
Ditanya tentang pandangannya berkenaan penyokong Sociedad, Tierney berkata: “Mereka hebat sekali, ketika saya berjalan di luar, mereka sentiasa menyapa saya dengan ramah dan mesra. Mereka selalu memberikan saya kata kata semangat.
“Mereka sangat menghormati kamu dan tidak permah menyakiti hati kamu. Saya tak akan lupa, ketika saya cedera, saya meninggalkan padang dengan kepala saya tunduk. Saya mendengar mereka bersorak nama “Kieran Tierney”.
“Pada masa itu saya dah tahu dan sahlah, mereka ini adalah penyokong yang istimewa.”