TikTok merupakan platform media sosial yang semakin berpengaruh. Semakin ramai yang menjadi pencipta konten. Ada konten yang bermanfaat. Ada konten yang suka suka, dan ada juga yang memudaratkan.
Seorang pengguna TikTok telah berkongsi kisahnya menternak kira kira 1.4 juta katak. Untuk menjadikannya sebagai ‘tentera katak’ paling besar di satu tempat pada ketika ini.
Pengguna dengan nama thinfrog baru-baru ini mempamerkan 1.4 juta kataknya di TikTok, yang didakwanya telah dibiakkan sejak Februari.
“Saya mahu mencipta tentera katak terbesar dalam sejarah,” kata remaja yang berpangkalan di UK itu.
Thinfrog turut mendakwa bahawa, jumlah katak yang terlalu banyak dibiakkannya membuatkan salah seorang jirannya terpaksa berpindah rumah kerana tidak selesa dan rimas.
Thinfrog bangga kerana menurutnya dia telah membantu melestarikan lagi populasi katak di dunia ini. Dia telah membawa katak katak ini dan diletakkan di dlaam kolam rumahnya.
Frog army on TikTok. This guy is creating an entire frog population (1m) in his backyard. It’s honestly crazy. https://t.co/TaKkAlNUM0 pic.twitter.com/h0mZrxXM16
— Arlong (@ramseyboltin) June 8, 2022
Apa pula kata pakar?
Seirang ahli biologi pemuliharaan Pusat Kepelbagaian Biologi yang berpangkalan di Arizona, Tierra Curry menyatakan apa yang dilakukan Thinfrog itu adalah perkara yang ngeri. Dia boleh memudaratkan ekosistem.
Tierra berkata: “Sedih saya tengok. Dia sebenarnya bukan membantu katak tersebut, malah dia sebenarnya telah merosakkan haiwan itu [katak tersebut] serta hidupan lain di sekitarnya.”
“Ia akan mewujudkan vektor untuk penyakit dan spesies invasif,” tambah Curry kepada The Guardian.
@thinfrog frog army update day. I was thinking if I should create a army of newts you know them water lizards
Ternyata, thinfrog bukanlah pengguna TikTok pertama yang mengeluarkan sejumlah besar spesies invasif ke tempat terbuka. Pada awal 2022, seorang pengguna TikTok yang lain telah mengeluarkan 100 juta serangga kumbang kumbang di Central Park di New York City.
Pakar alam sekitar memberikan amaran bahawa, terlalu banyak sesuatu spesis itu, ianya akan memudaratkan spesis yang lain.
“Ia adalah hukum kesan dan akibat yang tidak diingini. Saya tidak syak orang ini mungkin menyangka dia melakukan perkara yang baik [membantu membiakkan seranggan], tetapi dia sebenarnya boleh mendorong populasi itu ke arah kepupusan,” kata ahli biologi spesies terancam Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar A.S., Chris Nagano.
Tetapi thinfrog tidak berhenti di situ. Dia tak mempedulikan nasihat pakar. Malah bertekad mahu memastikan dia berjaya menternak sehingga 10 juta katak selepas ini.
“Tahun depan saya akan mencipta kolam gergasi untuk sepuluh juta katak.”