TikToker Ini Geleng Kepala Doktor Tengok YouTube Untuk Rawat Ketumbuhannya, Namun Netizen Berbelah Bagi

Apabila korang pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan diri anda, korang pasti mengharapkan doktor anda mengetahui apa yang mereka katakan atau lakukan.

Lagipun, mereka telah belajar selama bertahun-tahun untuk merawat masalah yang serius jadi mengapa perlu untuk meragui mereka bukan?

Nah, bagaimana jika mereka meragui diri mereka sendiri dan sama seperti kita orang biasa ni? Di mana kita akan membuka Google atau YouTube untuk menyemak menyelesaikan masalah kita.

Misalnya cara nak format telefon atau cara untuk memasak dan sebagainya.

Seorang wanita yang pergi ke hospital untuk memeriksa cyst pada rahimnya. Dan paling mengejutkannya  apabila dia melihat doktor yang merawatnya telah membuka YouTube untuk melihat cara merawat cyst tersebut.

Apa itu Cyst? Adakah Ovarian Cyst Merupakan Tanda-tanda Kanser?

Dipetik daripada laman Maklumat Kesihata dan Penyakit: Secara umumnya, seperti polyps, cyst juga boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau wanita. Kita biasa mendengar kehadiran cyst pada ovari, namun sebenarnya cyst boleh terjadi di mana-mana bahagian tubuh badan kita termasuk di permukaan kulit Namun, untuk artikel kali ini, saya hanya akan menyentuh tentang ovarian cyst.

Cyst boleh menjadi ketumbuhan yang paling menyakitkan dan boleh di diagnosis sebagai malignan (berbahaya). Oleh sebab inilah kita perlu memahami perbezaan diantara polyps dan cyst. Cyst boleh terjadi pada ovari sebagai kantung-kantung yang terdiri daripada pepejal atau dipenuhi dengan cecair daripada sistem pembiakan wanita.

Cyst yang bersaiz kecil biasanya menghasilkan kesakitan yang tidak berapa kuat tetapi cyst yang bersaiz lebih besar boleh menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk.

Tidak seperti polyps dan fibroid, ovarian cyst tidak menyebabkan pendarahan yang melampau ketika haid. Selain daripada kanser, bahaya lain yang menanti adalah apabila cyst tersebut pecah dan menyebabkan kandungannya terbebas dan memasuki rongga-rongga badan yang lain dan boleh menyebabkan keracunan darah atau kehadiran penyakit-penyakit lain.

Cyst ovari boleh menjadi malignan (berbahaya) dan menyebabkan kanser, tetapi kebanyakan cyst yang wujud adalah benign (tidak berbahaya).

Doktor rujuk YouTube

Pada gambar pertama, kelihatan doktor sedang duduk di hadapan komputer sambil menonton video di YouTube tentang cara merawat keadaan pesakitnya. Ianya dilakukan doktor tersebut sebaik sahaja selesai bercakap dengan pesakitnya.

Selepas ini, wanita itu berkongsi gambarnya di mana dia kelihatan seperti tidak percaya. “Janganlah (sekarang) doktor mencari video YouTube tentang cara menyembuhkan cyst saya. Mereka mendapat MD di universiti YouTube,” dia menulis kapsyen gambar tersebut.

Ada juga yang risaukan keselamatan pesakit tersebut yang mungkin akan menjadi mangsa kecuaian doktor di dalam rawatannya selepas ini.

Klip itu mendapat lebih sejuta tontonan. Walaupun ramai yang mengecam dan mempersoalkan profesionalisme doktor tersebut kerana melihat YouTube untuk merawat pesakitnya.

Malah ada yang mempersoalkan bahawa doktor tersebut adalah doktor YouTube yang belajar daripada platform itu.

Tetapi, walaupun ramai yang mengecam, ramai juga yang berpandangan sebaliknya.

Ramai yang berpendapat doktor mungkin menyemak semula beberapa perkara ataupun double check. Itu adalah perkara yang biasa. Malah agak mengejutkan apabila ramai mempertahankan tindakan doktor tersebut.

Lalu ramai yang mengingatkan pesakit itu agar tak cepat panik. Kerana doktor yang baik akan sentiasa cuba mendapatkan pandangan kedua ataupun second opinion dalam tugasannya. Tak kiralah sumber mana sekalipun. Dan percayakan mereka. Kerana mereka tidak akan sesuka hati mengikut sumber yang tak betul, kata mereka.

“Macamnilah cara menjadi seorang doktor. Walaupun mereka mempunyai pengetahuan, mereka akan meneroka lagi untuk mengetahui perkara yang perlu dicari dan mengaplikasikannya dalam merawat kamu,” kata seorang pengguna.

“Saya pernah bekerja di ED sebagai jurutulis dan hampir semua doktor mencari sumber lain selepas bercakap dengan pesakit!!!” seorang lagi berkata kepada pengguna tiktok itu.

“Pelajar perubatan di sini! Doktor menyemak semula semua perkara sepanjang masa. Terdapat BANYAK maklumat di luar sana untuk dimuat semula,” kata seorang lagi pelajar perubatan.

Seorang doktor turut menyokong tindakan doktor itu. Dengan berkata: “Saya telah melahirkan beratus-ratus jika tidak beribu-ribu bayi dan menghabiskan minggu lepas menonton teknik c-section. Sentiasa ruang untuk memperbaiki diri.

Adalah sangat penting untuk memilih doktor yang bertauliah. Walaupun mereka merujuk kepada sumber YouTube sekalipun untuk menyemak beberapa perkara, sekurang kurangnya kita tahu mereka doktor terlatih.

Lainlah kalau doktor tersebut doktor scam. Macam yang banyak berlaku di China. Di mana doktor membuka klinik walaupun tidak ada perakuan yang sah.