Timbalan Presiden Liga Saudi Anggap Henderson Salah Satu Pembelian Terbaik

Timbalan Presiden Liga Pro Saudi, Saad Al Lazeez membuat kejutan apabila dia memuji profesionalisme ditunjukkan Jordan Henderson walaupun pemain itu sebelum ini mendesak untuk kembali ke Eropah.

Henderson hanya membuat 19 penampilan bersama Al Ettifaq sebelum setuju menamatkan kontrak 3 tahunnya bersama kelab itu hanya selepas beberapa bulan.

Henderson menyerahkan baki gaji pada kontraknya kepada Al Ettifaq dan kelab setuju untuk tidak meminta pampasan penamatan kontrak daripada pemain tersebut.

Alasan utama Henderson mahu keluar adalah kerana dia tidak dapat beradaptasi dengan kehidupan di Arab Saudi. Kemudian dia tidak suka dengan atmosfera di dalam stadium Al Ettifaq yang kadangkala hanya dihadiri beberapa ratus orang penyokong.

Saad berkata, Jordan Henderson telah banyak membantu Liga Saudi ketika dia tiba. Dan dianggap sebagai salah satu pembelian terbaik dibuat liga Saudi.

Dia berkata: “Jordan Henderson, walaupun dia pergi, namun dia adalah salah seorang pembelian terbaik pernah dibuat Liga Pro Saudi.

“Kami menandatangani 93 pemain pada musim panas lalu. Dan saya nak cakap bahawa 28-30 pemain berada di dalam senarai mana mana pasukan daripada 300 pemain yang ada. Namun kamu tidak boleh menjangkakan bahawa kesemua mereka akan terus kekal.

“Kadangkala, ada perkara yang kurang menjadi seperti yang kita rancang. Kadangkala pemain sukar beradaptasi. Semua ini harus kita jangka akan berlaku.

“Saya masih kekal dengan pendirian bahawa Jordan Henderson salah satu pembelian terbaik liga kami, kami banyak mendapat manfaat daripadanya.

“Kami belajar banyak perkara dan akan terus membangun daripada sini.

“Kami telah bersama dengan Jordan dalam perjalanannya dari UK ke Arab Saudi. Dan kami masih berhubung baiik dengannya.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil