Timbalan Presiden Suriname Berusia 60 Tahun Beraksi Liga Concacaf Dengan Pasukan Miliknya Sendiri

Tahun 2021 meneruskan beberapa episod ganjil dan tak masuk akal. Terbaru, timbalan presiden Suriname iaitu Ronnie Brunswijk telah bermain dalam aksi Piala Concacaf.

Ronnie dipilih menjadi timbalan presiden selepas memenangi pemilihan yang tidak ada calon menentangnya untuk jawatan tersebut.

Tahun ini juga ramai pemain veteran masih beraksi di kelas tertinggi. Misalnya rating FIFA 22 baru baru ini menyaksikan pemain pemain veteran seperti Messi, Lewandowski dan Cristiano Ronaldo menjadi yang tertinggi.

Ronaldo sudah berusia 36 tahun dan bakal masuk 37 tahun tak lama lagi. Kita kagum dengan kehebatan pemain yang sudah berusia seperti Bangdo beraksi di atas padang.

Namun, nati duluu! Ada yang lebih legend, di mana pemain yang berusia 60 tahun bermain dalam aksi profesional iaitu Ronnie Brunswijk.

Ronnie bermain untuk pasukan miliknya sendiri iaitu Moengotapoe berhadapan dengan Olimpia dari Honduras.

Moengotapoe layak ke Piala Concacaf musim ini selepas menjadi naib juara dalam Piala Carribean 2021. Ini adalah hari bersejarah buat kelab yang beraksi dalam temasya serantau.

Maka, Ronnie Bruuswijk tidak mahu terlepas peluang merasai sendiri aksi di atas padang dengan pasukan miliknya. Timbalan presiden kemudian mengarahkan pengurusan tertinggi pasukan untuk mendaftarkan namanya dalam pasukan.

Ya, orang yang sama je tu.

Dia beraksi selama 54 minit di atas padang. Sebelum dikeluarkan atas permintaannya sendiri kepada jurulatih.

Boleh tahan juga minit perlawanan dia sebagai seorang pemain berusia 60 tahun.

Ronnie merupakan salah seorang manusia terkaya di negaranya. Dan dia memang peminat setia bola sepak.

Namun dalam aksi menentang Olimpia, dia dikatakan tidak begitu banyak bergerak dan hanya menunggu bola sampai kepadanya. Peranan poacher la tu kan.

Dia bermain di posisi serangan untuk pasukannya. Tidak banyak yang boleh dikatakan kerana aksinya agak terhad.

Dalam aksi yang sama, pasukannya dibelasah Olimpia 6-0. Nampak macam ada pemain lawan yang tak puas hati dengan timbalan presiden kerana dasar kerajaan kot? Mana tau kan.

Lebih menarik Jon Arnold turut melaporkan bahawa dia sendiri meminta untuk bercakap dengan wartawan selepas tamat perlawanan.