Timber: “Messi Buatkan Hantaran Teruk Jadi Hantaran Bahaya”

Pertahanan tengah Belanda, Jurrien Timber menceritakan pangalamannya berhadapan dengan Lionel Messi.

Dan pemain Belanda itu menganggap Messi sebagai pemain yang menggerunkan.

Argentina menang menerusi penentuan penalti dalam aksi separuh akhir. Di mana awalnya Argentina mendahului 2-0.

Tetapi pemain gantian, Wout Weghorst menyamakan kedudukan 2-2 dengan keadaan dramatik sekali.

Pada penentuan penalti, Argentina menang 4-3.

Menurut Timber, Messi menjadikan hantaran buruk daripada rakannya menjadi satu hantaran bahaya.

Ini kerana keupayaan teknikal pemain itu yang sangat tinggi.

Timber berkata:

“Berhadapan dengan Lionel Messi pada Piala Dunia? Messi sangat menakutkan.”

“Dia menerima hantaran yang melantun lantun, membuatkan kamu terus pergi kepadanya, mahu menekannya segera dalam keadaan tersebut.”

“Namun dia terus membunuh hantaran teruk itu dengan satu sentuhan. Dalam sekelip mata sahaja, bola sudah berada di kakinya.”

Messi membantu negaranya menjuarai Piala Dunia 2022. Dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman. Malah koleksi Piala Dunia itu dianggap sesetengah pihak sebagai pelengkap kepada perdebatan siapa GOAT sebenar dalam bola sepak.

Messi memang dikenali dengan corak permainan lincah dan kawalan bola luar biasa.

Anda lihat sendiri cara dia mengawal bola di sini dengan sentuhan pertama dan keduanya ketika menerima bola yang agak laju dan tekanan pantas daripada pemain lawan:

Dalam perkembangan lain, Messi sah akan meninggalkan PSG akhir musim ini. Dia dikaitkan dengan perpindahan ke Al Hilal yang menawarkan €400 juta semusim.

Walaupun berita itu dinafikan oleh ayahnya.

Sementara itu, Jurrien Timber masih dikaitkan dengan Manchester United. Walaupun sebelum ini pemain itu menolak ke Old Trafford menyertai Erik Ten Hag. Hal ini kerana Timber mahu menjamin tempatnya dalam skuad Piala Dunia 2022 bersama skuad Belanda.

Namun Timber dilaporkan sudah bersedia untuk berpindah.

Dengan prestasi Harry Maguire yang terus tak konsisten, nama Timber kembali dikaitkan dengan kelab juara Inggeris 20 kali itu.

Timber merupakan pemain bek tengah yang moden. Menggemari permainan binaan dari bawah. Dan memiliki kecerdasan taktikal yang sangat baik ketika di atas padang.

Baca yang lain