Timo Werner sudah sedia kembali semula ke Liga Perdana Inggeris. Di mana pemain itu dikatakan sudah menerima cadangan perpindahan ke Tottenham Hotspur pada jendela perpindahan kali ini.
Spurs pada musim panas lalu kehilangan Harry Kane. Dan mereka masih mencari penyerang no.9. Spurs berdepan kekangan mendapatkan pengganti Kane segera pada musim panas lalu kerana pemain itu pergi agak lambat sebelum jendela perpindahan ditutup.
Walaupun tanpa Harry Kane, Spurs telah menunjukkan prestasi yang baik. Terutama sekali Son Heung Min berjaya menutup ketiadaan Kane. Selain itu Richarlison sudah kembali menemui sentuhan gol beliau.
Dan kini Ange Postecoglou mendapati, Timo Werner adalah calon terbaik untuk dibawa masuk.
Pemain itu sendiri masih berminat untuk kembali ke EPL kerana menganggap masih ada urusan untuk diselesaikan di sana.
Timo Werner berminat untuk bekerja di bawah Ange Postecoglou. Dengan kedua dua kelab sedang meneruskan rundingan ke fasa seterusnya.
Spurs akan meminjam Werner dahulu pada baki musim ini dan turut menyertakan klausa beli tetap pada akhir musim ini.
🚨⚪️ Timo Werner has accepted Spurs proposal as he wants to return to the Premier League.
He’s very keen on working with Ange Postecoglou.
Postecoglou also approved the deal.
Negotiations ongoing today between Leipzig and Tottenham on loan plus potential option to buy clause. pic.twitter.com/yUFmMtNpML
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 6, 2024
Werner sebelum ini pernah bermain untuk Chelsea. Namun kariernya di Chelsea tidak seindah yang dimahukan. Dia gagal mencapai harapan yang tinggi diletakkan kepadanya.
Dia kembali semula ke Leipzig untuk mendapatkan semula keyakinannya. Dan kini dia sedia untuk merumput semula di England.
Fabrizio Romano kemudian mengemaskini maklumat dengan perkataan keramatnya: HERE WE GO
Werner akan menyertai Spurs dengan ada klausa beli tetap namun ianya tidak mandatori untuk dibayar.
🚨⚪️ Timo Werner to Tottenham, here we go! Deal in place with RB Leipzig, all documents being prepared.
Spurs sign Werner on loan and will also include buy option clause NOT mandatory.
Timo due to travel to London on Saturday then time for medical.@TurkishAirlines ✈️ pic.twitter.com/NQ42b2JGrQ
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 6, 2024