Timo Werner Kembali Ke EPL Semula Dengan Tinggalkan Rekod Ala ‘Pelari 100 meter’

Timo Werner sudah sedia untuk kembali beraksi di EPL. Pemain antarabangsa Jerman itu ditandangani Spurs dari RB Leipzig.

Rundingan berlaku dengan lancar sekali. Memandangkan Werner memang ingin menyertai Spurs.

Sebelum ini dia pernah bermain untuk Chelsea. Namun prestasinya di Chelsea jauh daripada apa yang dia lakukan di Leipzig sebelum itu.

Dia hanya menjaringkan 10 gol dalam EPL dalam 2 musim bersama Chelsea. Prestasinya turun naik. Dan kebanyakannya turun la.

Werner kembali semula ke Leipzig. Dan kini dia bersama Spurs. Ange Postecoglou menganggap Werner pengganti sempurna untuk Harry Kane yang ke Bayern Munich.

Spurs tidak dapat mendapatkan pengganti Kane dalam jendela perpindahan sebelum ini kerana kekangan masa. Mereka bergantung kepada Son Heung Min untuk posisi nombor 9.

Kini mereka berjaya mendapatkan Werner secara pinjaman dan opsyen beli tetap. Son boleh kembali menjadi pemain sayap selepas ini.

Timo Werner berkata, Ange Postecoglou menjadi pengaruh terbesar dalam keputusannya untuk menyertai Spurs. Di mana setelah bercakap sendiri dengan pengurus itu, kata hatinya menyebut bahawa Spurs adalah pilihan yang tepat.

Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, Werner sentiasa mahu kembali semula ke Liga Perdana Inggeris kerana dia suka dengan liga tersebut. Pada masa yang sama dia menganggap ada urusan yang belum selesai di Liga Perdana Inggeris.

Sebelum kembali semula ke EPL, Werner sempat mencipta catatan masa pelari 100 meter ketika di Jerman. Ianya rekod yang sukar untuk diatasi pemain bola sepak yang lain di Jerman.

Di mana dalam lama rasmi Bundesliga, yang dikemaskini minggu lalu, mendedahkan Werner pernah berlari dengan catatan masa 11.01 saat pada jarak 100 meter.

Catatan itu dianggap luar biasa untuk pemain bola sepak. Memandangkan mereka berlari menggunakan kasut boot bola di padang rumput.

Sebagai perbandingan anda perlu mencipta catatan masa di bawah 10.00 saat untuk beraksi dalam acara 100 meter di Paris 2024. Dan kelayakan untuk ke Olimpik London sebelum ini di bawah 10.18 saat.

Bercakap tentang rahsia dia mencipta kelajuan luar biasa itu. Werner berkata ianya semulajadi. Dia tiada masa untuk fokus kepada latihan pecutan yang khas.

Werner berkata: “Tiada rahsia di sebalik kepantasan saya. Pemain pemain yang pantas di atas padang biasanya tahu mereka melakukannya secara automatik.”

Kelajuan Werner ini dianggap ancaman yang perlu diberikan perhatian oleh benteng pertahanan Man United. Di mana kedua dua pasukan akan bertemu pada Ahad ini.

Spurs kini memiliki ramai pemain yang laju.

Tetapi peminat Chelse menyatakan: “Laju kalau dia lupa tentang garisan ofsaid pun tak guna.”

Ianya merujuk kepada Werner yang kerap sekali ofsaid ketika di Chelsea dahulu.

Namun ramai peminat Spurs teruja dengan kehadiran Werner. Sambil mengingatkan 2 pemain buangan Chelsea sebelum ini iaitu Mo Salah dan Kevin De Bruyne menjadi antara pemain paling hebat dalam sejarah EPL ketika mereka kembali semula ke EPL.

Douglas Bagley berkata: “Selamat berjaya kepada Timo Werner di Spurs. Saya ingat lagi, Kevin De Bruyne dan Mo Salah kedua duanya flop ketika di Chelsea dan Liga Perdana Inggeris ketika mereka mula mula datang.

“Dan lihat bagaimana mereka telah berjaya mengubah keadaan ketika kembali semula ke Liga Perdana Inggeris. Werner perlukan sokongan dan keyakinan daripada penyokong, dan dia mendapat itu daripada saya. COYS.”

Adakah Timo Werner akan melakukan perkara yang sama?