Romelu Lukaku semalam telah digugurkan daripada skuad yang beraksi menentang Liverpool. Dan pemain tersebut melakukan tindakan yang dianggap semakin mengeruhkan keadaan.
Lukaku memadam laman Twitternya dan kemudian meletakkan bio Facebook beliau kepada Inter.
Chelsea seri 2-2 dengan Liverpool di Stamford Bridge walaupun beraksi tanpa penyerang termahal dalam sejarah kelab mereka.
Lukaku disisihkan daripada tugasan Liverpool kerana wawancara kontroversinya bersama dengan Sky Italia.
Lukaku dengan terbuka menyatakan dia tak suka dengan taktikal dan formasi yang digunakan Thomas Tuchel sepanjang musim ini. Yang menjadi sebab kenapa dia bergelut dengan prestasi.
Pada masa yang sama Lukaku menyindir Tuchel yang kerap menyimpannya walaupun dia cergas sekalipun.
Selain itu Lukaku mendedahkan bahawa dia pastinya akan terus kekal di Inter jika kelab itu menawarkan kontrak baharu kepada beliau kerana cintanya kepada Inter Milan.
Sebagai respon, Tuchel menyisihkan Lukaku. Kerana menurut Tuchel, situasi Lukaku terlalu bising pada hari Chelsea mempersiapkan diri dengan aksi penting menentang Liverpool.
Peminat Chelsea mendapati bahawa Lukaku sudah memadamkan akaun Twitternya. Ada yang mendakwa dia sudah memadam Twitternya sejak minggu lalu ketika dia melakukan wawancara tersebut.
Seolah olah Lukaku sudah tahu kelab akan marah dengan tindakannya.
Di akaun Facebooknya, Lukaku yang menggunakan DP berpakaian Chelsea dan juga header dengan jersi Chelsea telah mengejutkan ramai apabila bio-nya tertera perkataan ‘Inter Milan’.
Lukaku’s Facebook bio…childish behaviour? pic.twitter.com/YsjApGOoII
— That's Football! (@ThatsFootballTV) January 2, 2022
Tindakan Lukaku itu dianggap kebudak budakkan.
Ah Lukaku go add Inter Milan to ein Bio for Facebook
Man is so childish 😂 pic.twitter.com/oYhK9vvmI7
— Jäff 💧 (@abrabor5) January 2, 2022
Dan ada juga yang bersangka baik, mungkin Lukaku selama ini memang tak menukar bio-nya lagi. Walaupun dia sangat aktif ber-Facebook.
Thomas Tuchel sebelum ini sudah bersemuka dengan Lukaku. Dan menegaskan akan berjumpa sekali lagi dengan pemain tersebut.
Kerana menurut Tuchel, Lukaku adalah pemain mereka dan sentiasa ada peluang untuk pemain itu kembali ke dalam pasukan.
Namun Tuchel tidak dapat memberikan tempoh bila Lukaku akan kembali.
Tuchel juga masih memberikan peluang kepada Lukaku kerana menurutnya pemain itu sentiasa ceria dan gembira di pusat latihan. Jauh daripada apa yang digambarkannya dalam temuramah tersebut.