Tindakan PSG Hukum Mbappe Dianggap Akan Buatkan Ligue 1 Hilang Daya Tarikan

PSG baru mengumumkan bahawa kelab itu akan mengenakan sekatan bermain untuk Kylian Mbappe.

Emir Qatar sudah memberikan persetujuan dengan polisi dicipta oleh Nasser Al Khelaifi agar Mbappe tidak diturunkan bermain walau seminit pun jika dia tidak melanjutkan kontraknya.

Mbappe tidak mahu menandatangani kontrak baharu atau berpindah ke kelab lain. PSG mendapat 2 tawaran untuk Mbappe. Satu dari kelab Arab Saudi dan satu lagi dipercayai dari kelab EPL yang tidak didedahkan namanya.

Kelab Arab itu pula adalah Al Hilal yang menawarkan harga €300 juta untuk membeli Mbappe untuk setahun sahaja kontrak dan pemain itu dibenarkan pergi secara percuma musim hadapan.

Tindakan PSG yang tidak akan menurunkan Mbappe itu dianggap akan memberikan impak kepada rating tontonan Ligue 1.

Ligue 1 sudah kehilangan Lionel Messi sebelum ini yang dianggap daya tarikan utama Ligue 1 musim lepas.

PSG sendiri menikmati lonjakan hasil publisiti ratusan juta daripada impak kehadiran Lionel Messi.

Membuatkan kelab itu mengutamakan lanjutan kontrak Messi tetapi pemain itu memutuskan untuk pergi selepas kontraknya berakhir.

PSG yang sebelum ini bercadang menjual Neymar namun gagal pada musim lalu. Neymar juga dianggap antara salah satu daya tarikan yang ada untuk Ligue 1.

Pemain itu turut didakwa mahu meninggalkan PSG. Walaupun ayahnya menafikan perkara itu. Namun beberapa media tetap menyatakan bahawa Neymar benar benar berminat untuk pergi.

Siapa yang akan tengok Ligue 1 selepas ini? Sudah tentunya ada bukan, tetapi tidaklah semeriah sebelum ini dengan tiadanya nama seperti Messi. Dan Mbappe pula dibekukan daripada beraksi.

Penyiar rasmi Ligue 1 dan rakan penaja mereka pastinya tidak suka dengan tindakan PSG ini. Kerana mereka mahukan tarikan untuk penonton menyaksikan Ligue 1.

Ini ditambah dengan ranking semasa Ligue 1 yang di luar 5 liga utama Eropah selepas kelab kelab mereka kurang memberangsangkan dalam aksi pusingan awal kelayakan ke pertandingan kelab eropah.

Ia akan memberikan kesan kepada pendapatan liga itu sendiri pada jangka masa panjang. Rakang kongsi dalam Ligue 1 dikatakan tidak gembira dengan tindakan PSG tersebut.

Mereka berharap PSG akan mengubah dasar mereka dan memberikan peluang kepada Mbappe beraksi pada tahun terakhir kontraknya.

Persatuan Pemain Profesional Perancis mengancam menyaman PSG jika mereka meneruskan polisi dianggap menindas Kylian Mbappe itu.