Tindakan Terpuji! Ini Sebab Liverpool Lantik Sven Goran Eriksson Jadi Pengurus Aksi Legenda

Walaupun tidak pernah mengendalikan Liverpool atau bermain untuk Liverpool, pengurus legenda, Sven Goran Eriksson diberikan penghormatan untuk mengendalikan The Reds dalam perlawanan amal.

Liverpool dan Ajax bertemu dalam aksi perlawanan persahabatan amal. Dengan Liverpool menang 4-2 dalam perlawanan itu.

Sven Goran Eriksson akhirnya berjaya menunaikan impiannya sejak kecil mahu mengendalikan pasukan Liverpool yang merupakan kelab yang dia sokong sejak di bangku sekolah.

Namun alasan utama Liverpool mahu memberikan peluang itu kepada beliau adalah kerana kisahnya. Di mana dia sebelum ini bertarung dengan kanser.

Bekas pengurus England berusia 76 tahun itu membuat kenyataan terbuka tentang diagnosis yang dia hidapi pada Januari. Sambil dia menyatakan bahawa, jika ada perkara yang dia mahu lakukan sebelum dia meninggal dunia, perkara itu adalah dia mahu menjadi pengurus Liverpool.

Itu hanyalah impiannya. Namun tak sangka perkara itu menarik perhatian Jurgen Klopp yang berkata dia sedia memberikan peluang kepada Eriksson menjadi pengendali Liverpool untuk sehari, duduk di tempatnya.

Kerana bagi Klopp ada perkara lebih penting daripada bola sepak. Pengurusan Liverpool kemudian memutuskan untuk memberikan peluang kepada Eriksson menjadi pengurus untuk aksi Liverpool menentang Ajax di Anfield.

Selepas tamat perlawanan, Eriksson berkata: “Ini akan menjadi memori paling indah yang saya akan ingati sepanjang hidup saya. Sangat indah.”

“Merasai pengalaman duduk di bangku simpanan Liverpool telah menjadi impian saya sepanjang hidup saya. Sekarang ini ianya sudah menjadi kenyataan. Ia indah dan hari yang sangat bermakna.

“Sorakan penyokong, perlawanan, pemain pemain, semuanya luar biasa dan terima kasih kepada Liverpool di atas kesempatan yang diberikan kepada saya. Menjemput saya untuk perlawanan yang sangat penting ini.

“Saya diselubungi emosi dan tangisan kerana ini adalah kelab saya sokong sejak kecil. Bahkan ketika saya menjadi pengurus England pun masa tu saya masih penyokong Liverpool. Cuma masa tu saya tak boleh memberitahunya secara terbuka.

Dalam aksi semalam, pasukan Liverpool turut diketuai oleh Steven Gerrard. Yang menjadi sebahagian daripada pasukan England dahulu ketika Sven Goran Eriksson menjadi pengurus.

He was joined on the bench by former stars of the team John Barnes, Ian Rush, and John Aldridge.

The team was captained by Steven Gerrard, who was part of the England squad when Eriksson was in charge.

Acara kali ini memecahkan rekod acara amal di Anfield dengan kehadiran 60,000 penyokong memandangkan Anfield sudah ditambah kapasitinya.

Musim lalu acara yang sama meraih kutipan £6 juta.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di