Tindakan Terpuji Real Madrid, Enggan Raikan La Liga Di Granada

Real Madrid menunjukkan tanda solidariti sebagai anggota pasukan dalam La Liga kepada Granada.

Real Madrid rasmi bergelar juara La Liga pada minggu lalu. Bermakna, mereka boleh menjulang trofi La Liga pada minggu ini pada aksi menentang Granada di gelanggan Las Carmenes – markas Granada.

Namun begitu, Real Madrid memberitahu RFEF (FAM Cawangan Sepanyol) bahawa kelab itu kalau boleh tidak mahu melakukan keraian pada hari tersebut.

Hal ini kerana jika Granada kalah pada hari tersebut, atau Mallorca yang berada di tangga ke-17 menang pada minggu ini, bermakna Granada akan tersingkir.

Real Madrid menjunjung nilai ‘RESPECT’ terlebih dahulu berbanding keraian piala. Adalah sesuatu yang kurang sopan untuk meraikan kejayaan La Liga di hadapan penyokong Granada yang meratapi penyingkiran.

Permintaan Real Madrid itu disahkan sendiri oleh RFEF. Di mana satu kenyataan Real Madrid berbunyi: “Kami mendapati adalah kurang sesuai untuk kami meraikan kejayaan trofi kami pada hari itu, jika Granada tersingkir ke Liga Segunda. Kami tidak selesa melakukan keraian di hadapan penyokong Granada.”

Tindakan Real Madrid itu dipuji oleh ramai peminat bola sepak.

Real Madrid yang sebelum ini kerap digelar pasukan angkuh kini dilihat lebih santai. Malah baru baru ini mereka mengucapkan tahniah kepada Athletic Bilbao secara rasmi kerana kejayaan kelab itu menjulang Copa Del Rey

Real Madrid berpeluang untuk meraikan trofi mereka di Bernabeu ketika aksi menentang Alaves.

Skuad Ancelotti sekali lagi cemerlang menjadi juara liga. Dan mereka masih bersaing dalam separuh akhir Liga Juara Juara Eropah.

Aksi separuh akhir timbal balik menentang Bayern adalah pada pertengahan minggu ini. Aksi pertama berakhir dengan 2-2.

Real Madrid berpeluang menjulang UCL ke-15 dan menamatkan musim sebagai juara double La Liga + UCL.

Adakah Real Madrid akan berjaya melakukannya?

Carlo Ancelotti kini semakin mengukuhkan masa depannya bersama Real Madrid. Walaupun sebelum ini ada desas desus menyatakan bahawa pengurus itu akan dilepaskan Real Madrid.

Dengan Ancelotti dikaitkan dengan jawatan dengan skuad kebangsaan Brazil.

Laporan BILD beberapa bulan lalu menyebut. Real Madrid sedang memantau perkembangan Xabi Alonso – yang merupakan bekas pemain tengah mereka – namun mereka bukan mahu melantik pengurus Leverkusen itu pada masa terdekat.

Dia lebih kepada perancangan di masa hadapan kelab. Alonso juga dikatakan lebih berminat ke Real Madrid berbanding ke Liverpool atau Bayern jika dia meninggalkan Bayer Leverkusen.