Liverpool menjamu kunjungan West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi waktu Malaysia..
Liverpool berjaya bangkit daripada keseraman dan ketinggalan 1-2 di Anfield berhadapan dengan skuad David Moyes.
Liverpool berjaya menewaskan West Ham 3-2. Dengan skuad Jurgen Klopp semakin hampir untuk mengesahkan kejuaraan EPL musim 2019/20.
Liverpool mendahului seawal minit ke-9 menerusi Gini Wijnaldum yang menanduk masuk hantaran raja assist – Trent Alexander Arnold yang melakukan hantaran lintang yang tepat.
Namun hanya 3 minit sahaja gol itu bertahan. Pada minit ke-12 Issa Diop menanduk masuk menewaskan Alisson.
Pada separuh masa kedua, Liverpool kemudian dikejutkan dengan gol pendahuluan oleh pemain gantian, Pablo Fornals – minit ke-54 – yang menerima hantaran Declan Rice di dalam kotak penalti, dan selamber sahaja pemain itu melakukan first time shot.
Liverpool jelas sekali meletakkan berikut 27 perlawanan tanpa kalah mereka kini dalam bahaya.
Ini selepas permainan yang kurang menyakinkan ditunjukkan oleh mereka dengan berderet shot tetapi susah bebeno nak masuknya.
Namun begitu kesilapan Lukasz Fabianski telah membolehkan Mohamed Salah menyamakan kedudukan untuk Liverpool pada minit ke-68. Kredit juga kepada Andy Robertson yang terus mencipta assist kepada pasukan.
27 – Since his Premier League debut in August 2014, Liverpool’s Andrew Robertson has registered 27 assists in the competition, more than any other defender in that time. Adventurous. pic.twitter.com/M1KZxbH1gV
— OptaJoe (@OptaJoe) February 24, 2020
Ketika perlawanan seakan akan berakhir seri, Liverpool berjaya mencetak gol kemenangan lewat menerusi Sadio Mane.
Trent Alexander Arnold menjadi pembekal assist sekali lagi kepada rakannya.
Sadio Mane terlibat dalam lapan gol ke atas West Ham dalam enam pertemuan terakhir dengan 5 gol dan 3 assist.
Trent Alexander-Arnold pula mencatatkan assist ke-25 dalam EPL. Hanya Cesc Fabregas dan Wayne Rooney lebih cepat mendapatkannya.
25 – Only Cesc Fabregas (20y 134d) and Wayne Rooney (21y 63d) have reached 25 Premier League assists at a younger age than Trent Alexander-Arnold (21y 140d). Special. pic.twitter.com/l4teO9SWnf
— OptaJoe (@OptaJoe) February 24, 2020
Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan 3-2 dalam aksi yang penuh mendebarkan. Satu gol Liverpool turut dibatalkan oleh VAR.
Alisson menjadi penyelamat kepada Liverpool sekali lagi dengan save power pada minit akhir.
Liverpool kini sudah berjaya mencatatkan kemenangan ke-21 berturut-turut di tempat sendiri.
Liverpool juga berjaya mencatatkan kemenangan ke-18 berturut-turut, menyamai rekod yang pernah dicipta oleh Manchester City yang direkodkan oleh skuad Guardiola pada 2017.
Liverpool equal Manchester City's Premier League record of 18 straight wins 🔴 pic.twitter.com/yPWoO3QV0M
— B/R Football (@brfootball) February 24, 2020
Liverpool kembali menjarakkan diri 22 mata daripada Manchester City. Sementara itu West Ham United pula berada di zon penyingkiran.
Liverpool hanya dibezakan dengan empat kemenangan sahaja lagi daripada kejuaraan Liga.
Pasukan The Reds turut mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua perlawanan liga setakat ini. Liverpool hanya keciciran mata sekali iaitu ketika menentang Manchester United.
Selain daripada itu skuad bimbingan Jurgen Klopp telah mengutip mata yang sama dengan pasukan juara Manchester United pada 1998/99. Dan mencatatkan jumlah kemenangan yang sama dengan skuad Invincible Arsenal sebelum ini.