Tipe-X bukanlah nama asing dalam industri muzik sama ada di Indonesia mahupun Malaysia. Kumpulan ini antara kumpulan yang sangat berpengaruh.
(Untuk pembacaan lebih feel, bukak lagu Tipe-X)
Permulaan
Asalnya, nama mereka adalah Head Master. Ditubuhkan oleh Tresno (vokalis), Micky (bass), Yoss (gitar) dan Hendro (drum).
Mereka berpegang kepada konsep muzik ska. Muzik Ska adalah elemen ala reggae dan rock steady. Ska adalah muzik yang menggabungkan bunyi bass reggae, bunyi rhythm American Jazz dan elemen blues.
Ia juga menggabungkan Caribbean mento dan calypso. Muzik ini sudah bertapak di Jamaica sejak 1950-an.
Tipe-X menentang arus muzik ketika itu yang dikuasai muzik rock.
INDO-SKA
Pada asalnya, kumpulan ini banyak membawakan lagu daripada luar. Scene muzik ska di Indonesia sendiri yang memang mendengar lagu daripad luar termasuk Operation Ivy dan Voodoo Glow Skull.
Selepas itu, Tipe-X terus pro-aktif dalam usaha membangunkan muzik Ska dengan lirik lagu Indonesia/Melayu. Lalu mereka terus mencipta lagu-lagu mereka sendiri.
Mereka adalah band pilihan peminat muzik underground di festival-festival muzik ketika itu. Tipe-X sendiri pernah menerima Anugerah Band Pilihan dalam Festival Alternatif di Indonesia.
Semakin serius untuk berkarya, mereka membawa masuk 2 lagi ahli iaitu Billy dan Andy yang masing-masing di posisi Trombone dan Trumpet. Satu tambahan yang sangat baik untuk kumpulan ini.
KE ARUS PERDANA
Demo pertama mereka adalah Frustasi yang dikirim ke stesen tv dan juga beberapa radio.
Tidak lama selepas itu mereka menerbitkan album EP mereka berjudul Ska Phobia. Lagu Frustasi turut dimuat dalam album ini.
2 lagu hits mereka adalah Genit dan Angan yang mendapat sambutan luar biasa. Album ini dijual hampir 400,000 unit.
KEMUNCAK
Pada 2001, mereka muncul dengan album kedua, yang secara peribadinya saya rasakan telah memecahkan tembok besar yang mereka tak dapat pecahkan sebelum ini. Mereka berjaya menjadi kumpulan yang dijemput ke banyak acara dan festival muzik.
Tak kurang juga album kedua yang berjudul Mereka Tak Pernah Mengerti ini telah menjadi pengenalan kepada muzik mereka di Malaysia ketika itu. 10 lagu dimuatkan. Lebih 500,000 salinan berjaya dijual ketika itu.
2 lagu hits keras adalah Salam Rindu dan Sakit Hati. Ini adalah Setlist album Mereka Tak Pernah Mengerti (2001)
Sakit Hati
Salam Rindu
Lagi-lagi Sendiri
Sst ..!
Indonesia Sayang
Harus Pisah
Keracunan
Sadar Dong
Biar Ngga’ Penasaran
Selamat Jalan
https://youtu.be/q15AQuIyBlw
Lagu Selamat Jalan adalah lagu yang memiliki makna yang mendalam bagi kumpulan ini.
Dalam temuramah dengan kapanlagi, mereka menyatakan 4 makna lagu ini kepada mereka adalah:
1. Hidup tanpa mimpi seperti air tergenang
2. Mimpi yang kabur akan menyusahkan diri sendiri
3. Kejayaan adalah satu jalan yang panjang
4. Menggapai mimpi Bererti mengorbankan kesenangan
Selepas itu, mereka melepaskan album ke-3 berjudul Super Suprise yang mempertaruhkan hits seperti Karena Cemburu, Gombal dan Pacar Yang Baik. Album ini memenangi 1 plantinum.
EKSTENSIF
Album ke-4 mereka adalah berjudul Discography Hitam Putih dikeluarkan pada 2005. Pelancaran album ini bersempena sedekad kumpulan ini dalam persada muzik.
Berlaku penurunan mendadak kepada 120,000 salinan sahaja dijual.
Mawar Hitam dan Tanda-Tanda patah secara peribadinya adalah lagu pilihan saya daripada album ini. Ini adalah setlist lagu mereka dalam album ini:
Melati Aku Benci Kamu
Pria Tampan
Kamu Ngga Sendirian
Cuma Main-main
Tanda-tanda Patah Hati
Satu-satunya
Mawar Hitam
X-friends
Jangan Diam
Maafkan Aku
Album kelima mereka berjudul A Journey pada 2007 adalah kompilasi lagu hits mereka termasuk Sakit Hati, Genit, Salam Rindu, dan Mawar Hitam. 120,000 salinan terjual.
Album keenam mereka berjudul Festival Perasaan, menampilkan seorang penyanyi dari Kanada, Chelssie Baker yang berduet dengan Tresno dalam Bahasa Indonesia. Album ini lebih kepada ubat rindu kepada peminat mereka.
Album ketujuh mereka berjudul Seven pada 2012 dan ia adalah album yang mereka terbitkan sebelum ulangtahun ke-22 mereka dalam dunia muzik. Album ini lebih eksperimental.
Pada 23 September 2017, menandakan genap 22 tahun kumpulan ini dalam kancah hiburan. Mereka mengadakan konsert khas bersama peminat mereka.
Mereka masih ada sehingga ke hari ini dan tiada hasrat untuk bersara daripada bidang muzik. Tipe-X masih ada!
Itulah serba sedikit tentang band Tipe-X yang menjadi kumpulan penting dalam muzik ska di Indonesia dan juga menjadi inspirasi beberapa band indie di Malaysia.
3 lagu favorite anda?
#Rujukan