Tips Fantasy FPL Minggu 18 Bersama Abang Burger

Sebelum sepak mula perlawanan minggu ke 18 untuk “fantasy premier League”, para pengurus pasukan semua sudah mempersiap kan pasukan ke?

Pada perlawanan minggu ke 17 kita dapat saksikan banyak pengurus pasukan memperoleh mata yang tinggi kerana kebanyakkan pemain menjadi.

Bagaimana pula dengan persiapan pada minggu ini?

Jangan pilih Liverpool dan West Ham

Semoga tiada pengurus yang meletakkan pemain Liverpool dan West Ham dalam pasukan sudah lah.

Perlawanan itu sudah di tunda kerana Liverpool terlibat dalam kejohanan “CWC” di Qatar.

Berikut adalah pemain yang bang burger jangka akan menyerlah:

Penjaga gol

Perlawanan minggu ke 18 ini pasukan gergasi kebanyakkan nya bertemu sesama sendiri jadi langkah terbaik pengurus boleh memilih penjaga gol dari pasukan pertengahan liga sebagai penjaga gol utama mereka.

Antara yang boleh digunakan Aaron Ramsdale penjaga gol utama Bournemouth.

Ramsdale akan menjadi tembok terakhir pasukannya menghadapi Burnley di laman mereka sendiri pada minggu ke 18 ini dan kelebihan nampak nya berpihak kepada beliau jika di lihat kepada pencapaian semasa beliau.

Selain Ramsdale, Tim Krul antara pilihan lain yang boleh di gunakan sebagai penjaga gol utama. Norwich akan bertemu wolves di halaman mereka sendiri pada minggu ke 18 ini.

Pertahanan

Selain mencari pertahanan yang boleh memberikan “clean sheet” pengurus juga harus memandang kepada pertahanan yang mampu memberi sumbangan ketika menyerang.

Seperti semua maklum Arnold, Virgil dan Robertson sering menjadi pilihan setiap pengurus namun pada perlawanan minggu ke 18 ini pasukan Liverpool tidak terlibat, maka ke tiga pemain ini boleh direhatkan.

Jika ada antara tiga pemain ini di dalam pasukan letak kan saja di bangku simpanan tak perlu di jual kerana kalau dijual akan merugikan untuk pembelian semula.

Jadi siapa pemain pertahanan yang boleh di jadikan pilihan sebagai pemain utama minggu ini? John Lundstram antara pemain yang mungkin akan menyumbangkan banyak point pada minggu ini.

Ini kerana beliau akan turun menentang pasukan Brighton yang memungkin kan pasukan nya bakal mendapat “clean sheet” dan beliau adalah pemain yang lebih banyak membantu di bahagian serangan.

Setidak nya beliau mampu mendapat kan point “assist” atau boleh menjaringkan gol sekiranya pasukan di bolosi.

Martin Kelly juga antara pemain pertahanan yang boleh di gunakan pada minggu ke 18 ini apabila beliau akan turun menentang pasukan Newcastle di tempat lawan.

Walaupun bermain di tempat lawan kita boleh lihat Kelly setakat ini antara pemain yang hanyak menyumbang kan point walau harga nya murah di dalam “fpl price list”.

Serge Aurier berkemungkinan sukar untuk mendapatkan “clean sheet” apabila beliau akan turun berdepan pasukan Chelsea pada perlawanan minggu ke 18 ini.

Namun potensi beliau di bahagian serangan memungkin kan beliau untuk menyumbang mata pada perlawanan minggu ini.

Risiko untuk bolos agak tinggi jika di lihat pada bahagian serangan pasukan Chelsea yang menjadi namun kita boleh berharap Aurier akan menyumbang point dalam bahagian serangan.

Victor Lindelof pemain pertahanan Manchester united yang berharga 5.3 juta ini boleh di turunkan apabila beliau akan bermain menentang pasukan Watford di tempat lawan pada minggu ke 18 ini.

Manchester United menunjukkan kebangkitan mereka dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini. Oleh kerana itu ada kemungkinan untuk pemain pertahanan mereka mendapat “clean sheet” pada minggu ini.

Tengah

Untuk posisi tengah pada minggu ni agak sukar hendak diramal atas faktor jadual.

Pasukan besar akan bertemu sesama sendiri jadi lubuk point agak sukar untuk di ramal jadi antara yang boleh di guna pakai pada minggu ini adalah Kevin De Brune.

Ini kerana beliau menunjukkan aksi yang sangat memberangsangkan pada musim ini.  Sentiasa terlibat dalam jaringan yang di peroleh Man city.

Seterusnya Wilfried Zaha juga boleh di ambil pada minggu ini kerana beliau akan turun menentang Newcastle dan seperti maklum di dalam padang Zaha lebih kepada posisi penyerang.

Jack Grealish akan turun menentang pasukan Southampton di halaman mereka sendiri pada minggu ini.

Dengan kejayaan membenam pasukan Liverpool 5 berbalas kosong dalam kejohanan carabao cup baru-baru ini pastinya menambah kan lagi semangat pasukan Aston Villa untuk menang dalam saingan Liga.

Anthony Martial pilihan keempat yang boleh di gunakan pada minggu ke 18 ini kerana aksi nya yang kembali meningkat dari minggu ke minggu.

Selain boleh menjaringkan gol beliau juga boleh membantu dalam hantaran untuk disudahi dengan jaringan.

Penyerang

Pierre-Emerick Aubameyang antara penyerang berharga premium yang boleh digunakan pada minggu ini.

Turun menentang pasukan Everton yang aksi nya turun naik memungkin kan beliau untuk menjaringkan gol di sana. Tiada jaminan Arsenal akan menang tetapi Auba pasti mendapat sesuatu.

Marcus Rashford sebagai penyerang kedua sekali gus melengkap kan pasukan dengan formasi 4-4-2. Tiada dakwa dakwi lagi tentang tahap permainan beliau sejak beberapa perlawanan sebelom ini.

Beliau juga boleh di jadikan sebagai ketua pasukan atau pembantu ketua pasukan pada minggu ini.

Begitu lah kemungkinan “Dream team” yang mungkin menjadi pada minggu ke 18 ini.

Kenapa saya kata begitu?kerana mereka adalah pemain yang sy pilih dalam fantasi saya. Anda? Ya anda bebas membuat pilihan sendiri.

Sekiranya gagal jangan cakap Abang Burger tak payung

 

Baca yang lain