Tips Ringkas Nak Tulis Analisis Taktikal Bola Sepak

Kali ini aku buat artikel khas untuk yang nak tahu asas penulisan analisis taktikal ni.

Sebenarnya benda ni subjektif. Tetapi kalau korang nak pakai template di bawah ni, sebagai panduan asas, aku sangat merekomendasi.

Selepas kau mendisiplinkan diri dengan panduan ringkas macam ni. Korang akan buat cara korang sendiri.

Korang boleh je pakai cara mana korang selesa. Namun kepada yang nak memulakan langkah tu untuk bercerita soal analisis taktikal, ini cadangan aku.

1. Asas formasi

Bahagian ini aku suka melihat bagaimana mereka bermula.

Biasanya benda mudah adalah tengok yang tertera pada skrin tv tentang formasi sebelum sepak mula tu.

Namun ada juga paparan tu tak tepat. So kau kenalah tahu formasi asas dia apa.

Untuk liga di Eropah senang sikit, kau ada beberapa apps untuk check.

2. Shape bertahan team A

Adakah mereka kekal dengan formasi asas ataupun berubah kepada formasi yang lain.

Misalnya, formasi asas 4-4-2, tetapi mereka bertahan dengan 5-4-1.

Nyatakan juga kekuatan dan kelemahan mereka ketika bertahan.

3. Shape menyerang team A

Lihat kedudukan flank mereka macamana. Dan kemudian adakah aliran bola mereka cantik. Siapa yang jadi playmaker.

Kemudian nyatajan kekuatan dan kelemahan mereka. Misalnya dari segi kreativiti dan tempo.

4. Shape bertahan team B

Rujuk point no.2

5. Shape menyerang team B

Rujuk point no.3

6. Apa perubahan (tweaks) yang Beri impak?

Tak perlu gariskan semua benda kau lihat. Sebab kau bukan buat match report. Sekarang kau nak cerita benda penting.

Misalnya mereka bermasalah ketika nak pecahkan zon 14. Coach dia masukkan no.10 dari bench dan sistem mereka berjalan baik.

Boleh juga kau gariskan kelemahan yang jelas menjadi weakest link sesebuah pasukan.

7. Penilaian

Ini kau masukkan sekali apa pandangan kau untuk improvisasi pasukan tersebut. Nyatakan kritikan dan saranan kalau kau nak.

Jangan kritik kaw kaw lepas tu kau tak ada pandangan untuk improvisasi.

Penilaian ni jangan panjang sangat. Sebab kau nak nyatakan pendirian kau.

Include sekali siapa MOTM kalau kau nak. Kalau tak nak tak apa.

Siap

Siap analisis kau kena terbuka baca komen dan kritikan orang ke atas penulisan kau.

Benda ni akan tolak kau daripada comfort zone untuk lebih detailing dalam ulasan.

Lepas tu kau terbuka dengan diskusi. Tak semua orang suka benda kau tulis. Dan kau kena ingat ini negara bebas.

Kau bebas nyatakan pandangan kau. Tetapi kau kena tahu lah apa yang kau ceritakan. Asas tentang prinsip bola sepak sangat penting.

Seterusnya kalau ada statistik dan heatmap boleh masukkan. Itu bukan wajib pun. Sama juga dengan lakaran gambar.

Yang penting kau yakin orang faham apa benda kau cuba sampaikan.