Tipu Laporan Akaun: Juventus Berdepan Penyingkiran, Kejuaraan 2019/20 Dilucutkan

Dalam sejarah, Juventus pernah mengalami sejarah hitam dalam kelab mereka. Di mana La Vecchia Signora tersabit kesalahan skandal Calciopoli pada 2006.

Kesannya, Juventus disingkirkan ke Serie B. Peristiwa itu berlaku 15 tahun yang lalu. Dan sekarang, sejarah mungkin berulang.

Kenapa? Sebelum ini, laporan di Itali menyebut bahawa Juventus melaporkan laporan kewangan palsu dalam akaun mereka.

Kes ini tak lain tak bukan, adalah kerana Juve mahu memastikan akaun kelab mereka positif terutama sekali di mata pelabur dan FIGC.

Ibu pejabat Juventus digempur

Ibu pejabat Juventus di Turin dan Milan telah diserbu oleh pasukan keselamatan minggu lalu, dan dokumen akaun dan penyata kewangan telah dirampas untuk siasatan lanjut.

Siasatan pihak berkuasa Itali terhadap sejumlah 42 perpindahan pemain. Ini termasuk Cristiano Ronaldo, Joao Cancelo, Arthur Melo dan Danilo, antara 2019 dan 2021.

Juventus didakwa menaikkan nilai pemain mereka ataupun overstated nilai dalam akaun mereka dan orang-orang seperti Andrea Agnelli , Pavel Nedved dan Fabio Paratici, kini di Spurs, diminta bekerjasama dalam siasatan ini.

Manipulasi angka ini tidak sepatutnya berlaku dalam laporan kewangan rasmi mereka. Selain daripada mewujudkan ketidakseimbangan persaingan ianya juga menyukarkan kerajaan dalam perundangan melibatkan kewangan termasuk cukai.

Ini adalah perkara yang serius dan CODACONS – persatuan hak pengguna Itali – yakin bahawa, jika bersalah, Juventus akan disingkirkan ke divisyen 2.

Juventus disiasat oleh Consob, badan berkanun yang bertanggungjawab menyiasat dan mendakwa mana mana institusi yang melakukan salah laku kewangan.

Lucut kejuaraan

Juventus, yang turut memenangi Serie A pada musim 2019/20 di bawah kendalian Maurizio Sarri, juga berkemungkinan akan dilucutkan gelaran itu kerana doping kewangan.

“Kes ini sangat serius dan melibatkan kejuaraan liga terakhir mereka sebelum ini.”

“Sekiranya Juventus secara tidak sah mendapat kelebihan berbanding kelab pesaing yang lain dengan beroperasi seperti ini, maka kejuaraan bola sepak terakhir mereka adalah tidak sah.”

“Akibatnya, Persekutuan Bola Sepak dan Pihak Berkuasa Persaingan Pasaran perlu campur tangan.”

Juventus sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan memberikan kerjasama dengan penyiasat dan juga Consob. Juventus yakin bahawa mereka tidak bersalah dan tidak ada apa yang perlu ditakutkan.

Juventus berkata: “Jika perlu, Juventus bekerjasama dengan penyiasat dan dengan Consob dan yakin bahawa ia akan menjelaskan setiap aspek kepentingan mereka, percaya bahawa kelab telah beroperasi mengikut undang-undang dan peraturan yang mengawal penyediaan penyata kewangan, mengikut dengan prinsip perakaunan dan selaras dengan amalan industri bola sepak antarabangsa dan keadaan pasaran.” tulis penyataan tersebut.

Juventus sebelum ini mengakui kelab mereka dalam krisis kewangan kerana terlepas kejuaraan Serie A, kegagalan merangkul UCL ketika adanya Ronaldo dan kemudian impak pandemik.

Juventus membayar gaji Ronaldo sangat tinggi, namun malangnya mereka masih gagal mendapat UCL pada era selepas Calciopolli.

Kesannya, Juventus terpaksa menjual Ronaldo untuk mengimbangi bil gaji pemain mereka. Juventus masih berusaha untuk melepaskan beberapa pemain mereka lagi.

Juventus menjadi antara kelab yang masih teguh dengan pendirian mahu menubuhkan Liga Super Eropah. Yang ketika ini senyap sahaja.

Berbalik kepada kes doping kewangan. Juventus perlu memastikan bahawa mereka bebas segala pertuduhan ke atas mereka. Jika tidak, nasib mereka ibarat telur di hujung tanduk.

Mereka pernah merasai betapa peritnya disingkirkan ke Serie B. Dan sangat sukar untuk mereka membina semula empayar seperti yang mereka ada pada hari ini.

Pastinya Juventus tak mahu sejarah mungkin berulang.

Alang alang dah sebut sejarah mungkin berulang tu, kita karok satu kali la, nah lirik:

Sejarah Mungkin Berulang – New Boyz

Jauh mana mampu bertahan?
Sampai bila harus ku telan
Setiap kali bertentangan
Tiada ketenangan
Cemburumu merantai hati
Melenguhkan semangat diri
Bila aku kenangkan kemanisan lalu
Semua itu ku ketepikan
Andai ku turut rasa hati
Telah jauh ku bawa diri
Tapi kemaafanku lahir dari hati
Mengatasi
Sejarah mungkin berulang
Walau engkau ku maafkan, oh, kekasih
Tapi mungkin hanya sementara
Keinsafan di hatimu
Berpanas hujan, berembun
Tak pernah ku hiraukan
Asal dapat memenuhi
Segala keinginan hati
Ku bina istana cinta
Dihiasi lukisan rindu
Indah nampak dari luar
Tapi penuh dengan kepalsuan
Bila ku tiada, terbuktilah
Betapa aku mulia di sisimu
Andai ku turut rasa hati
Telah jauh ku bawa diri
Tapi kemaafanku lahir dari hati
Mengatasi
Sejarah mungkin berulang
Walau engkau ku maafkan, oh, kekasih
Tapi mungkin hanya sementara
Keinsafan di hatimu
Berpanas hujan, berembun
Tak pernah ku hiraukan
Asal dapat memenuhi
Segala keinginan hati
Ku bina istana cinta
Dihiasi lukisan rindu
Indah nampak dari luar
Tapi penuh dengan kepalsuan
Bila ku tiada, terbuktilah
Betapa aku mulia di sisimu
Di sisimu

Baca yang lain