Sebelum ini dunia digemparkan dengan berita Messi rasmi meninggalkan Barcelona. Namun selepas itu, lebih gempar tisu lap air mata dan hingus Messi turut dilelong dengan harga $1 juta ataupun sekitar RM4.24 juta.
Tisu tersebut diberikan oleh isteri Messi, Antonella kepadanya, selepas melihat suaminya sangat emosi.
Messi yang baru sahaja memulakan ucapannya dilihat terus sebak dan tidak dapat menahan emosinya.
Ini kerana Messi sangat sayangkan Barcelona dan tidak pernah membayangkan bahawa hari itu akan tiba di mana dia terpaksa meninggalkan kelab tersebut selepas 21 tahun di sana.
Lionel Messi semalam berucap dalam majlis perpisahannya dengan Barcelona yang turut dihadiri beberapa pemain Barcelona yang lain. Ini ternyata detik bersejarah yang sukar untuk semua peminat Barca dan skuad mereka.
Messi berkata: “Beberapa hari ini, saya memikirkan apa yang harus saya katakan hari ini. Hakikatnya, saya tak mampu memikirkan apa apa. Ini realiti yang pahiot untuk saya selepas bertahun tahun saya di sini sepanjang hidup saya. Saya tak sedia untuk realiti seperti ini.”
“Tahun lalu saya berdepan dengan burofax [isu cukai], kelab meyakinkan saya untuk terus kekal. Namun kali ini situasinya berbeza. Keluarga saya mahukan saya terus kekal di rumah saya di sini, itu adalah harapan kami melebihi segalanya.”
“Kami semua memikirkan bahawa kami akan terus kekal di Barcelona. Kami melalui masa masa yang hebat di sini. Dan, hari ini, saya harus mengucapkan selamat tinggal untuk semua ini.”
“Saya sudah berada di sini sepanjang hidup saya sejak berusia 13 tahun. Selepas 20 tahun di sini, saya pergi meninggalkan kelab ini bersama anak dan 3 orang anak saya.”
“Saya sangat berterima kasih dengan segalanya, untuk semua rakan sepasukan, bekas rakan sepasukan dan semua yang sentiasa menyokong saya. Sangat ramai untuk saya sebutkan.”
“Inilah rumah saya, melalui banyak sekali pengalaman di kelab ini. Sangat banyak detik indah berlaku. Dan juga ada beberapa detik sukar. Semua ini membantu saya membesar menjadi insan yang saya ada pada hari ini.”
“Saya belum mengucapkan selamat tinggal kepada semua mereka di sini, kerana saya masih belum terfikir akannya, dan saya tak pernah membayangkannya.”
“Saya meninggalkan kelab ini tanpa berjumpa dengan para penyokong sudah hampir setahun setengah. Saya dapat bayangkan saya mahu mengucapkan selamat tinggal di Camp Nou dengan membayangkan stadium itu penuh dengan penyokong. Namun buat masa ini, beginilah caranya.”
“Saya berharap suatu hari nanti saya akan kembali dan menjadi sebahagian kelab ini, membantu kelab ini untuk menjadi terbaik.”
Selepas tamat sidang media itu, seorang individu di bilik media tersebut telah mengambil tisu itu dan melelongnya di atas talian.
Dia memberikan jaminan bahawa tisu itu adalah ori dan dia menjual dengan harga mahal atas nasihat beberapa pihak.
Lelaki itu mengiklankan tisu itu di laman e dagang Meikeduo. Dan meletakkan tanda harga yang dianggap tidak masuk akal iaitu $1 juta.
Lelaki itu berkata, dia menjual mahal tisu itu kerana ianya ada mengandungi unsur unsur genetik DNA daripada badan Messi, seperti air mata, hingus dan sebagainya.
Ianya boleh digunakan oleh pihak yang mahu mengambil sampel DNA Messi untuk diklon.
Tissue paper used by #LionelMessi up for sale for $1m? Seller says it contains Messi's DNA which can be used to clone him in future. There are levels to this thing sha, there can only be one GOAT. CR7 fan boys how far, una dey see? pic.twitter.com/BQ1Hqlho74
— Pappy (@TheBarigaboy) August 18, 2021
Jadi sesiapa yang mahu mengklon Messi bolehlah membeli tisu itu untuk kegunaan.