Walaupun beraksi cemerlang membantu Arsenal berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris pada ketika ini, Gabriel Martinelli, Gabriel Magalhaes dan Gabriel Jesus semuanya tidak dipanggil untuk menyertai skuad Brazil menjelang aksi persahabatan menentang Ghana dan Tunisia akhir bulan ini.
Ketiga-tiga mereka adalah sebahagian daripada skuad Brazil pada Jun untuk perlawanan persahabatan menentang Korea Selatan dan Jepun, walaupun pertahanan tengah Gabriel tidak beraksi dalam kedua-dua perlawanan kerana kecederaan paha dan masih belum menerima kaps senior pertamanya.
Jesus dan Martinelli sama-sama mempamerkan aksi mengagumkan untuk The Gunners setakat ini musim ini, dengan Jesus sudah menjaringkan 3 gol dan mencipta 3 bantuan gol sejak berpindah dari Manchester City pada musim panas.
Martinelli turut mencetak 3 gol setakat ini untuk Arsenal. Kedua dua pemain penyerang itu termasuk pemain pertahanan, Gabriel Maghalhaes memainkan peranan sangat penting dalam skuad Arteta ketika mereka mencatatkan 5 kemenangan berturut turut sebelum rentetan kemenangan itu ditamatkan Manchester United.
Tetapi tiada satu pun daripada ketiga-tiga mereka akan beraksi untuk Brazil untuk dua perlawanan terakhir mereka sebelum Piala Dunia bermula pada bulan November. Tite telah menjelaskan mengapa Jesus tidak disertakan selepas dia menamakan kontinjen 25 orangnya untuk perlawanan tersebut.
“Gabriel Jesus, khususnya, sedang berseronok dan berada dalam persaingan. Sudah tentu, ya,” kata Tite.
“Panggilan ini bertujuan sebagai untuk memberikan peluang kepada orang lain. Konteks yang sama juga kepada mereka yang lain. Mengenai pemain penyerang. Bola sepak adalah tentang penciptaan dan gol, serta kemantapan pertahanan. Jika anda lari daripada ciri-ciri ini, anda akan kalah.”
“Titik imbangan ini amat sukar dalam sesebuah pasukan dan kami sedang mencarinya. Jumlah penyerang ini tidak akan ditentukan secara mutlak. Fleksibiliti atlet adalah bahagian penting.”
Sebelum ini Edu bertemu dengan Tite dan Pengarah Sukan, Juninho di Stadium Emirates, dan ada yang mencadangkan bahawa Edu telah meyakinkan bos Brazil itu untuk memberi 3 pemain Arsenal itu rehat. Namun tidak ada kesahihan tentang perkara itu.
Lebih lebih lagi, ketiadaan Martinelli dalam panggilan kali ini dilihat bukan perkembangan positif untuk harapan Piala Dunianya kerana kekuatan persaingan di posisinya. Berbanding dengan Gabriel Jesus yang dilihat berpeluang cerah beraksi. Ketika di City, pemain itu tetap menjadi pilihan Tite walaupun peranannya sebagai pemain simpanan di Etihad.
Manchester United mempunyai tiga wakil dalam skuad Brazil kali ini, dengan pemain £86 juta Antony dipanggil bersama sama dengan Casemiro dan Fred.
Aksi Antony dalam debut EPL sangat memukau. Casemiro juga menunjukkan bahawa dia masih lagi DM yang mampu beraksi di peringkat tertinggi. Fred sentiasa menjadi pemain kegemaran Tite kerana work rate yang tinggi.
Bekas pemain Man United, Alex Telles turut berada dalam panggilan kali ini.
Mereka akan menyertai pasukan kebangsaan untuk aksi menentang Ghana di Le Havre pada 23 September dan Tunisia di Parc de Princes di Paris, empat hari kemudian. Ini adalah perlawanan terakhir mereka sebelum Piala Dunia di Qatar.
🇧🇷 Gabriel Magalhães is the locked pick as the 4th choice CB for Brazil.
Bremer & Ibanez will fight it out to become the back-up 5th choice this September.
(2/2) pic.twitter.com/m1R2HsbqD2
— TFS – Top Football Show (@TopFootballShow) September 9, 2022
Trio Liverpool Alisson, Fabinho dan Roberto Firmino juga telah dipanggil. Penyerang Spurs Richarlison, Lucas Paqueta dari West Ham United, pemain Newcastle Bruno Guimaraes, Ederson dari Manchester City dan pemain pertahanan Chelsea Thiago Silva turut berada dalam skuad untuk perlawanan Brazil. Brazil akan menentang Ghana di Le Havre pada 23 September dan Tunisia di Parc de Princes di Paris, empat hari kemudian. Ini adalah perlawanan terakhir mereka sebelum Piala Dunia di Qatar.
Apa yang menarik kali ini 3 penjaga gol adalam ‘Son’.
Brazil coach Tite called up his last squad before the World Cup today. Central defenders Bremer (Juventus) and Roger Ibanez (Roma) are included, along with free-scoring Flamengo striker Pedro. Firmino and Antony are in. Gabriel Jesus, Philippe Coutinho and Dani Alves all out. pic.twitter.com/V3G0qru8IL
— Andrew Downie (@adowniebrazil) September 9, 2022