TMJ Bidas Pihak Yang Tuduh Beliau Dalang Kes Simbah Asid Faisal Halim

TMJ hairan kenapa namanya dipetik dan dikaitkan dengan kes simbah asid Faisal Halim.

Menurut TMJ pemain bola sepak seperti Faisal Halim bukanlah satu ancaman. Dan TMJ memberikan perbandingan, jika dia perlu untuk menghapuskan seseorang dia akan memilih ahli politik yang makan duit rakyat, bukannya pemain bola sepak seperti Faisal Halim.

“Faisal Halim seorang budak yang baik. Apa yang terjadi kepada dia adalah perkara yang kita harus kutuk.

“Tetapi apa kena mengena [serangan ke atas Faisal Halim] dengan saya?

“Ada orang cakap, ‘Owh TMJ adalah mastermind [dalang].

“Kalau saya nak habiskan orang, saya ada target target lebib besar dalam negara ini. Yang mengambil duit rakyat yang bertanggungjawab ke atas krisis raja raja. Yang bertanggungjawab merompak hasil duit duit rakyat. Mereka ini lebih penjenayah bagi saya, yang perlu dihapuskan.”

https://twitter.com/faizal_rsln/status/1799781164523364607?t=ZY9MN2L8H2MNNc3wPaeo6A&s=19

TMJ juga menyifatkan perbuatan individu yang menyimbah asid pada Faisal Halim seperti bapuk.

“Macam bapuk simbah simbah asid begitu, kalau nak habiskan orang habiskan terus,” kata TMJ.

Kemudian beliau hairan kenapa setiap perkara yang berlaku akan dikaitkan dengannya.

Misalnya baru baru bini bas pasukan Selangor diserang di Indonesia, pun ada pihak yang menyalahkan TMJ.

“Takkan semua benda salah saya?” Soal TMJ.

Bercakap tentang Faisal Halim, TMJ memuji Faisal Halim sebagai seorang yang baik.

“Pertamanya, Faisal Halim orang yang baik dan dia bukannya ancaman kepada kami.

“Saya pun tidak faham dengan teori konspirasi tentang saya. Saya rasa tak logik, apabila saya dengar dan baca pun kelakar, dan saya ketawa, dah macam tak ada kerja lain. ”

TMJ kemudian menyatakan bahawa JDT tak pernah rasa terancam kerana Faisal Halim.

“Takkanlah orang Selangor tak boleh berfikir dengan cara rasional. Saya nak habiskan Faisal Halim buat apa? Kami JDT main lawan Selangor tahun lepas, [menang] 4-0, 4-0, 2-0, Faisal Halim ada bermain.

“Jadi Faisal Halim bukan ancaman untuk saya. Dia juga pemain yang bagus, bermain untuk pasukan kebangsaan [Malaysia].

“Dia seorang yang peramah, tetapi kita tak tahu tentang kehidupan peribadi dia. Dan kita tak tahu apa agenda di sebalik serangan itu.

“Tetapi benda benda begitu pun orang nak kaitkan dengan saya. Pihak polis  melindungi saya lah [kononnya].

“Kalau saya nak buat kerja yang bukan bukan, saya tak akan gunakan pihak polis, saya sendiri pun tak percayakan polis saya,” tegas TMJ

Ditanya sama ada mungkin ada pihak cuba merosakkan imej baiknya, TMJ setuju dan menyatakan: “Memang ada gerakan yang cuba membunuh karakter saya sebab saya adalah anak raja yang paling lantang bersuara dari kalangan anak anak raja dalam negara [Malaysia].

“Kerana saya tak boleh dibeli atau disogokkan dengan projek untuk berdiam. Kalau ada benda betul saya akan kata betul, dan kalau ada benda tak betul, saya akan kata benda itu tidak betul.

“Tak kisahlah daripada kerajaan atau ahli politik. Kalau benda tak betul saya akan cakap benda tu tak betul.

“Oleh kerana kelantangan saya membangkitkan isu kepentingan negeri Johor, bangsa Johor membuatkan ada pihak luar yang kurang senang dengan saya.

“Maka ada lah gerakan, tak banyak, sedikit sahaja, gerakan pembunuhan karakter ke atas saya, namun saya tak peduli. Saya tak rasa tergugat, atau takut, sebab saya tak bersalah, kerana matlamat dan keutamaan saya adalah negeri Johor dan bangsa Johor.