Ingat lagi tak ketika TMJ menyatakan musim lalu bahawa, segala usaha mereka dari pengurusan sehingga ke jurulatih dan pemain, sepanjang beberapa tahun – adalah untuk beraksi di pentas tertinggi – iaitu Liga Juara Juara AFC (ACL).
Jadi, tiada alasan untuk para pemain dan pasukan untuk tidak memberikan apa yang mereka ada ketika beraksi.
JDT berusaha untuk sampai ke ACL
ACL merupakan pertandingan perdana dalam kalendar bola sepak kelab Asia.
Dan JDT sudah lama berusaha untuk sampai ke pentas seperti ini. Ini merupakan tahun kedua JDT layak secara automatik ke kejohanan ini.
JDT ditempatkan bersama dengan pasukan kuat seperti Suwon Bluewings, Guangzhou Evergrande dan Vissel Kobe.
Beberapa bulan lalu TMJ menegaskan: “Saya rasa, Suwon Bluewings adalah bekas juara bukan? Guangzhou Evergrande pun pernah juara.”
Last training session before AFC Champions League match against Vissel Kobe 🇯🇵
More photos at https://t.co/HsbUWn0RQR#JDT#ACL2020 #VSKvsJDT #LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/GVeX92VkQy
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 11, 2020
“Bagi saya selaku pemilik kepada kelab ini, saya sangat berbesar hati. Kerana ianya satu penghormatan dan pengiktirafan, dapat bersaing dengan bekas juara ACL.”
“Untuk berada dalam satu kumpulan pun, bagi saya.. , siapa tak kenal Guangzhou Evergrande, mereka merupakan pelabur terbesar dalam bola sepak di Asia.”
“Mereka ada pemain-pemain dan jurulatih-jurulatih terbaik. Jadi, bagi saya, dapat menentang mereka, dapat belajar sesuatu daripada mereka adalah satu penghormatan.”
ACL bukan bebanan
Seterusnya TMJ tidak mahu para pemain menganggap ACL ini satu beban. Kerana ianya merupakan satu nikmat kepada pemain profesional yang sentiasa mahukan cabaran tertinggi dalam karier.
#PressConference 📹: Ahead of the 2020 AFC Champions League opening game tomorrow 👊🏻#JDT#BenjaminMora#HarissHarun pic.twitter.com/HijZQZTAGW
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 11, 2020
“Saya tak nampak benda itu satu beban. Di atas kertas, ya, memang susah nak dapatkan keputusan yang baik. ”
Dari sudut lebih luas
Ini adalah peluang terbaik untuk JDT mempromosikan lagi pasukan mereka di mata media dan pelabur antarabangsa.
Itu yang ditegaskan TMJ sebelum ini. ACL bukan semata-mata tempat JDT mempertaruhkan semangat juang di atas padang, tetapi demi jenama.
Secara realisitinya TMJ juga menganggap agak sukar untuk mendapatkan keputusan yang baik. Namun sebagai sebuah pasukan bola sepak, setiap pemain harus memberikan yang terbaik di atas padang.
Bola sepak bukan sahaja nak mencari keputusan menang dan kalah. Tetapi ia juga medan untuk belajar dan memperbaiki diri dan pasukan.
“Memang susah nak dapatkan keputusan yang bagus. Namun secara keseluruhannya, bukan sahaja para pemain boleh bermain menentang mereka yang terbaik, namun kami sebagai sebuah kelab belajar daripada mereka.”
PRE-MATCH MEETING AND PRESS CONFERENCE | VISSEL KOBE FC VS JDT
More photos at https://t.co/1zTHfErJwo pic.twitter.com/sJOddVfsRo
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 11, 2020
TMJ mahukan para pemain sentiasa positif.
Aksi berhadapan Vissel Kobe pada hari ini adalah permulaan kepada musim 2020 JDT yang istimewa.
Di mana mereka akan bermain di stadium baharu yang serba canggih dan moden.
All the best Harimau Selatan
Musim debut mereka di ACL musim lalu, not bad la. Mereka menang sekali dan seri sekali.
Paling menarik, JDT tewas di Jepun pada aksi menentang Kashima Antlers, dan pasukan yang sama – mereka tewaskan ketika pusingan kedua di Larkin.
Walaupun musim lalu mereka tersingkir awal. Namun siapa yang boleh menafikan semangat juang dan kualiti mereka di atas padang. JDT bermain sangat baik dalam setiap perlawanan.
Selamat maju jaya buat JDT!