TMJ Dah Warning Awal Awal, Rumput Akan Terkopak Jika Terus Dipakai

Isu kualiti padang yang mudah terkopak semalam menjadi subjek panas dibincangkan ramai pihak. Seperti yang sedia maklum, padang baharu Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan rumput Zeon Zoysia yang merupakan sumbangan daripada TMJ.

TMJ turut merasmikan padang tersebut bersama Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.

Tetapi ada pihak yang mempersoalkan adakah rumput zeon zoysia ini lebih bagus daripada cowgrass kerana ianya kelihatan mudah terkopak.

TMJ kemudian menyatakan bahawa produk yang ditanam di Bukit Jalil sebelum ini dipakai di Stadium Sultan Ibrahim dan ianya terbukti berkualiti dan sesuai dengan cuaca Malaysia.

Namun masalah utama adalah FAM yang terlalu tergesa gesa memakai stadium tersebut ketika rumput baru sahaja siap dipasang dan ditanam.

Akar rumput masih belum kuat lagi. TMJ sudah mengingatkan kepada FAM sebelum sepak mula antara Malaysia dan India bahawa, ianya memerlukan sedikit masa untuk rumput benar benar kuat. Dan beliau memberikan amaran bahawa padang itu akan mudah terkopak jika dipakai juga dalam aksi menentang India.

TMJ berkata: “Padang tu sepatutnya diberikan lebih masa untuk akar dia kuat. Macam padang Stadium Sultan Ibrahim. Tetapi national team nak pakai secepat mungkin. Itu atas keputusan FAM dan pihak stadium. Kalau saya, saya beri lebih masa. Sekurang kurangnya lagi 2 atau 3 bulan. Kontraktor ni kontraktor yang sama buat padang JDT.”

“Semalam semasa majlis penyerahan padang saya cakap kepada semua yang padang ni perlu lebih masa kerana akar dia belum kuat. Saya juga sampaikan kepada semua yang berada di situ yang padang tersebut akan terkopak esok semasa perlawanan.”

“This is the proven product. Dah terbukti. Tetapi kena jaga betul betul. Tiada beza. Rumput sama, kontraktor sama. Beza dia di SNBJ tak ada TMJ di situ, itu aja. FAM kalau nak pakai SSI cakap saya siapkan.”