TMJ Kritik FAM Panggil De Paula Dan Liridon, Anggap Ianya Projek Naturalisasi Yang Gagal

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau TMJ mempersoalkan tindakan FAM dan kejurulatihan Kim Pan Gon yang beterusan memanggil Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi.

Di mana menurut TMJ ianya ternyata satu kesilapan. Misalnya De Paula, JDT sendiri tidak menggunakan pemain itu.

TMJ menegaskan bahawa De Paula dan Mat Don tidak seharusnya dipanggil untuk tugasan skuad kebangsaan baru baru ini, dalam perlawanan persahabatan dan juga dalam aksi kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung di Bukit Jalil.

Liridon Krasniqi dipanggil untuk perlawanan pemanas badan sebelum aksi kelayakan Piala Asia 2023 dan kemudian digugurkan.

Tetapi De Paula lolos ke senarai akhir. De Paula kehilangan tempat dalam kesebelasan utama kepada penyerang seperti Darren Lok dan Syafiq Ahmad. Dia memainkan perananan sangat kecil dalam kelayakan tersebut.

Bercakap kepada media, TMJ jelas sekali tidak faham kenapa De Paula dan Liridon dipanggil oleh Kim Pan Gon.

Dipetik daripada Harian Metro, TMJ berkata: “Saya pun tidak faham mengapa jurulatih (Pan-gon) ambil Guilherme De Paula dan apa sebab dia terpilih. Saya dekat sini (di JDT) pun tidak menggunakan dia. Bagi saya, beliau (Pan-gon) perlu ada sikap lebih tanggungjawab dan bukan setakat ambil sesiapa sahaja daripada kelab ini.”

Seterusnya beliau menganggap FAM membuat kesilapan kerana menjadikan dua pemain tersebut pemain naturalisasi untuk jangka pendek, megambil kira usia dua pemain tersebut yang sudah lanjut.

De Paula dan Liridon mengikut jejak langkah Mohamadou Sumareh yang menjadi pemain naturalisasi pertama Malaysia.

Skuad Harimau Malaya cemerlang melepasi halangan tersebut dengan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Malaysia diletakkan sekumpulan dengan Bahrain, Turkmenistan dan Bagladesh. Di mana Malaysia menang 2 perlawanan dan kalah sekali.

Kemenangan ke atas Turkmenistan menjadi titik tolak penting kepada kejayaan Malaysia. Di mana Malaysia menewaskan pasukan di ranking lebih baik itu untuk merampas slot kelayakan dari kalangan pasukan naib juara.

Ianya pencapaian luar biasa, kerana kali terakhir Malaysia mara ke Piala Asia menerusi slot kelayakan adalah pada 1980. Dan kali terakhir Malaysia beraksi di Piala Asia adalah pada 2007, ketika itu atas tiket hos bersama negara Asean yang lain.

Peminat bola sepak tanah air benar benar teruja menikmati momen indah dalam bola sepak Malaysia.

Baca yang lain