TMJ Mahu Uruskan Pasukan Malaysia: Kronologi Malaysia 2015-2021

Penampilan hambar pasukan Malaysia di Dubai yang bermain dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 mendapat perhatian pemilik kelab JDT, Tuanku Ismail Ibrahim (TMJ).

Malaysia tewas dalam 2 perlawanan persahabatan menentang Kuwait dan Bahrain.

Selepas itu Malaysia dibelasah UAE 0-4 pada perlawanan ke-6 kelayakan dan tewas kepada negara serantau Vietnam 1-2 pada perlawanan berikutnya.

Kekalahan tersebut mendapat kritikan peminat tanah air terutamanya terhadap Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi.

Kedua-dua pemain ini merupakan pemain yang dinaturalisasikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menguatkan skuad negara, terutamannya tugasan di Dubai.

Guilherme dan Liridon tidak memberi impak signifikan kepada Malaysia selepas mengharungi 4 perlawanan termasuk 2 perlawanan persahabatan.

Perkara itu mendapat perhatian TMJ dan pemilik kelab JDT itu mahu membantu meningkatkan prestasi Malaysia pada masa akan datang.

Merujuk kepada Instagram miliknya, Baginda meminta Dato Hamidin Amin membenarkannya menguruskan pemain dalam skuad kebangsaan.

“Kepada Presiden FAM, izinkan saya mengendalikan pemain dalam pasukan kebangsaan. Saya akan berikan mereka kemudahan dan jurulatih terbaik.”

Bermula tahun 2015, Malaysia mengalami fasa paling gelap dalam sejarah bola sepak negara. Malaysia dimalukan UAE 0-10 dan Palestin 0-6 sebanyak 2 kali.

Baca juga

1974-1980 Kekal Menjadi Era Terbaik Pasukan Malaysia, 2015-2017 Zaman Paling Gelap

TMJ antara individu yang tidak gembira dengan keputusan tersebut dan menyarankan FAM memecat Dollah Salleh.

Pada ketika itu Dato Hamidin merupakan Setiausaha Agung FAM dan Tengku Abdullah Haji Ahmad Shah adalah presiden FAM.

Langkah pemulihan dilakukan dan TMJ dilantik menjadi presiden FAM. Nelo Vingada dilantik untuk memikul cabaran Malaysia dalam kelayakan akhir Piala Asia 2019.

Namun Malaysia melakukan marathon 12 perlawanan tanpa menang, ia merupakan satu lagi sejarah terburuk Malaysia dalam sejarahnya.

Perubahan tampuk pimpinan FAM berubah apabila Dato Hamidin dilantik menjadi presiden baharu. Pada penghujung tahun 2017, Tan Cheng Hoe dilantik menjadi jurulatih Malaysia.

Cheng Hoe mempunyai reputasi cemerlang dalam kancah saingan domestik bersama pasukan Kedah.

Pasukan itu menjadi antara pasukan besar dan mampu mencabar semua trofi yang dipertandingkan.

Selepas 2 kekalahan pertama sebagai jurulatih, Cheng Hoe mengeluarkan Malaysia dari rekod kekalahan buruk yang panjang.

Jurulatih ini merakam 8 kemenangan dari 11 perlawanan termasuk perlawanan persahabatan.

Malaysia keluar dari zaman gelap. Keputusan melantik Cheng Hoe dianggap tepat. Sentuhannya di Kedah diteruskan dalam pasukan Malaysia.

Tidak terhenti disitu, Cheng Hoe mempunyai satu lagi fasa terbaiknya apabila merekod 9 kemenangan dari 12 perlawanan bermula pada Mac 2019 hingga Oktober 2019.

Ia merupakan tahun terbaik Malaysia dan jurulatih kelahiran Kedah itu. Nasibnya berubah selepas 4 perlawanan di Dubai.

Malaysia sekali lagi perlu dirombak selepas rombakan besar era Tengku Abdullah/Dollah Salleh.

Tidak terkecuali juga Viganda kerana jurulatih dari Portugal ini berada dalam lipatan buruk sejarah Malaysia.

TMJ tampil untuk memberi bantuan kepada FAM dengan menawarkan fasaliti dan jurulatih terbaik bagi memulihkan prestasi pasukan Malaysia.

“Saya tidak dapat menjanjikan kejayaan segera, tetapi saya dapat memberi jaminan pasukan ini akan meningkat.”

“Anda ingin tahu apa perkara pertama yang saya buat di JDT? Saya mengawal akses atau pasukan.”

“Dari media, wartawan, syarikat dan juga pemain menggunakan media massa.”

“Ketika ini menjalankan tugas negara bukan lagi misi atau tugas besar bagi sesetengah pemain. Ia seperti percutian musim panas, sistem mesti berubah.”

Sekitar Jun 2018 Mamadou Sumareh menjadi pemain naturalisasi pertama Malaysia. Pemain Pahang (ketika itu) dipanggil menyertai kem negara pada Oktober tahun yang sama.

Pemain kelahiran Gambia itu memberi impak segera dan terus menjaringkan gol pada debut bersama Malaysia ketika bertemu Sri Lanka.

Pemain itu juga terlibat dengan pertandingan Piala AFF 2018, Malaysia cemerlang mara ke final sebelum tewas kepada Vietnam.

Prestasi Sumareh meningkat dalam kempen kelayakan Piala Dunia/Asia. Malah Sumareh mempunyai statistik jaringan lebih baik bersama Malaysia berbanding Pahang.

Baca Juga

18 Penampilan dan 7 Jaringan Antarabangsa Sumareh, Adakah Malaysia Bertambah Baik

Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi menjadi pemain naturalisasi seterusnya namun tidak memberi impak besar seperti Sumareh pada awal kemunculannya bersama Malaysia.

Prestasi buruk Guilherme dan Krasniqi diburukkan dengan kemeruduman prestasi Sumareh menjadikan kesemua pemain naturalisasi tidak menjadi di Dubai.

TMJ memberi janji, selepas ini mana-mana pemain yang mahu diberi passport Malaysia perlu dinilai terlebih dahulu oleh jawatankuasa khas FAM.

“Lepas ini naturalisasi jangan sebarang sebarang. Akan dikendalikan dan dianalisis oleh pasukan teknikal pasukan kebangsaan. Sama ada pemain sesuai dengan gaya permainan kita.”

Peluang Malaysia ke kelayakan akhir Piala Dunia sudah tertutup namun mempunyai 6 perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia 2023.

Adakah Malaysia bakal mengharungi cabaran tersebut dengan pengurus dan jurulatih baharu?

Baca yang lain