TMJ Muat Naik Gambar Corporate Box Stadium JDT Yang Awesome

Sebentar tadi Tunku Ismail Idris aka TMJ memuat naik gambar pandang pertama kamar koporat stadium JDT.

Saya boleh katakan ia awesome dan nampak sangat cantik.

Namun ianya masih belum siap sepenuhnya.

Berdasarkan gambar yang dimuatnaik oleh TMJ, sudut pandangan dari dalam anjung koporat itu sangat nice dan cantik gila.

Stadium JDT yang baharu ini, akan mulai beroperasi musim ini. Dan setakat ini sudah ada beberapa perlawanan pemanas badan dilakukan di sana.

Ianya adalah projek mega oleh JDT di bawah TMJ. Menjadikan mereka kelab yang memilik stadium serba mewah, milik mereka sendiri.

Ini adalah beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh baginda.

Bahagian ini kelihatan seperti dari pintu masuk.

Ini adalah ruang santai di belakang tingkap menonton bola sepak.

Ini pula satu lagi ruang di dalam kamar koporat.

Paling penting inilah. Ruang tinjau di sebelah luar kamar ataupun anjung koporat untuk penonton yang melanggan pakej ini nanti menyaksikan bola sepak.

Biasanya di sini akses kepada pemain yang rehat, digantung perlawanan atau cedera juga akan di sini juga.

TMJ menyatakan ini merupakan kawalan kualiti. Walaupun ia masih belum siap 100%, dan baginda memberikan bayangan akan terus mengemaskini informasi tentang stadium baharu ini.

Sebelum ini TMJ pernah menyatakan kos pembinaan stadium ini menelan perbelanjaan sekitar RM200 juta.

Tahniah dan syabas kepada JDT. Akhirnya siap juga stadium yang bakal menjadi rumah baharu Harimau Selatan.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di