TMJ Nak Beli Saham United, Kecam Ed Woodward Dan Jelaskan Isu Beli Valencia

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terbuka menjawab beberapa persoalan daripada warganet kepadanya menerusi laman instagram miliknya pada hari ini.

Ditanya sama ada beliau berminat untuk membeli Man United, TMJ menyatakan sudah ada perbincangan tentang perkara itu minggu lalu. Namun ianya hanya melibatkan pegangan saham yang kecil di kelab paling popular di dunia itu.

TMJ berkata: “Saya baru ada perbincangan minggu lalu mengenai perkara itu. Hanya pegangan kecil. Walaupun kelab besar. Seperti saya pernah katakan, saya terbuka untuk apa saja peluang.”

Selain itu TMJ juga mengkiritik pretasi Man United musim ini yang menurutnya masih tidak cukup bagus.

“Tidak cukup bagus. Ed Woodward (naib pengerusi eksekutif kelab) harus digantikan dengan saya,” kata TMJ lagi.

Seorang lagi tampil dengan soalan berkaitan dengan Valencia, sama ada TMJ masih berminat membeli kelab tersebut. TMJ menyatakan, perkara itu juga dalam perbincangan. Rundingan agak rumit kerana beberapa halangan.

“Selamat ulang tahun Valencia. Ya, ada perbincangan dengan pemilik (Valencia) untuk saya memiliki pegangan dalam kelab itu.

“Tapi ia tertangguh kerana kerumitan dan beberapa isu yang perlu diselesaikan,” kata TMJ.

TMJ mulai dikaitkan dengan Valencia selepas beliau menyatakan secara terbuka bahawa beliau berminat dengan kelab tersebut dan berpendapat Valencia perlu dipimpin orang yang betul.

Perkara itu diluahkan oleh TMJ menerusi instagram miliknya beberapa minggu lalu. Di mana TMJ berkata:

“Pertamanya, saya bukan usahawan, saya seorang Putera raja.”

“Keduanya, wang bukan motivasi saya. Tetapi kejayaan dan mencipta sejarah adalah motivasi saya.”

“Ketiga, bukan rahsia lagi, saya mencintai bola sepak, saya sangat fanatik.”

“Keempat, saya bukan baru dalam arena bola sepak. Saya mencipta kelab JDTFC, yang bertarung dengan penyingkiran setiap tahun kepada juara dominan. Saya ada 16 kejuaraan dalam 8 tahun. Kami adalah kelab terbesar di Asia Tenggara, dan salah sebuah kelab terbesar di Asia.”

“Kelima, saya nak meluaskan empayar, melebarkan sayap dan pergi kepada cabaran baharu.”

“Terakhir dan tak kurang pentingnya, saya bukan seorang yang akan menukar kelab atau tradisi. Macam saya katakan sebelum ini, saya orang diraja, bukan usahawan. Saya di sini untuk memburu kejayaan, kegemilangan dan sejarah.

“Apa yang Valencia perlukan? Kamu perlukan seorang yang tahu tentang bola sepak, laparkan kejayaan, bersemangat, dan memahami betapa besarnya Valencia sebagai sebuah kelab.”

“Langkah pertama, kita perlukan orang [yang ahli dalam] bola sepak di dalam kelab. Titik.”

Valencia kini bergelut dengan masalah kewangan. Dan penyokong mereka sudah lama melancarkan kempen Lim Go Home selepas Peter Lim dilihat sebagai presiden yang gagal.

Mesej TMJ itu mendapat liputan daripada portal sukan besar di Sepanyol dan Eropah iaitu Marca. Malah mereka melabel TMJ secara tak langsung menyindir Peter Lim – yang merupakan kawan baiknya.

Dipetik dari Marca:

Putera Mahkota Johor, sahabat kepada Peter Lim, menghantar mesej sindiran menerusi akaun instagramnya yang disahkan.

Pada petang Isnin, atau lebih tepatnya selepas kepulangan semula presiden Anil Murthy dari Singapura, Tunku Ismail yang merupakan salah seorang rakan karib Peter Lim memuat naik imej (laporan kewangan Valencia) dengan emoji sambil berfikir.

Sumber dari Valencia menyatakan ianya mesej dari Peter Lim melalui TMJ, yang ada kemungkinan membeli saham di Valencia namun tidak ada tawaran konkrit buat masa ini.

Marca juga melaporkan bahawa ini bukan pertama kali Putera Mahkota Johor itu berminat untuk mendapatkan Valencia.

Consultancy Europe yang menyatakan Valencia adalah bernilai €408 juta.

Ketika Peter Lim membeli Valencia dia mendapatkan kelab itu dengan harga jauh lebih rendah. Lim kemudian melabur €254 juta dan seterusnya mendapatkan pinjaman €54.5 untuk membantunya mendapatkan 8 pemain baharu.

Namun kemudian, presiden Valencia, Anil Murthy menegaskan bahawa Valencia bukan untuk dijual dan tidak mempertimbangkan sebarang rundingan untuk pengambilalihan.

Baca yang lain